Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dua Lagi Suspek Ditahan Berhubung Insiden Pergaduhan Di Plaza Low Yat (2 Videos)

Loading...

Dua lagi suspek ditahan berhubung insiden pergaduhan di Plaza Low Yat

BERNAMA
05/12/2020 


KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Polis telah menahan dua lagi suspek berhubung insiden pergaduhan di depan Plaza Low Yat di Bukit Bintang semalam, menjadikan jumlah individu yang ditahan ialah 44 orang.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kedua-dua suspek telah ditahan malam tadi pada kira-kira 1 pagi selepas menyerah diri kepada polis.

"Jumlah keseluruhan tangkapan ialah 44 penduduk tempatan iaitu 41 lelaki dan tiga perempuan yang terdiri daripada pemilik kedai, pekerja dan orang awam berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.

"Mereka kini ditahan reman selama tiga hari mulai 5 hingga 7 Dis untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," menurutnya dalam satu kenyataan.

Pada Sabtu, polis menerima panggilan orang awam berhubung satu pergaduhan membabitkan pelanggan di kedai menjual komputer dan komputer riba.

Beberapa klip video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di depan plaza itu yang kemudian berlanjutan sehingga ke dalam premis tersebut.

FOR MORE NEWS GO TO:
42 detained for fighting in front of Low Yat Plaza, Bukit Bintang


 Cops: Fight at Low Yat Plaza not a racial issue, 42 people taken to police station

Loading...
Back To Top