Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Covid-19 Malaysia : New Cases- 1,229 Total Cases- 69,393 | Active Cases- 13,667 | Total New Death- 4 Deaths- 415 Recovered- 1,309


Kenyataan Akhbar KPK 13 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,309 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 69,393 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 13 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,229 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 83,475 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,667 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,227 kes.

Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 kes (35.4 peratus daripada keseluruhan kesdi mana 344 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 333 kes (27.1 peratus daripada keseluruhan kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 131 kes (10.7 peratus daripada keseluruhan kes).

Sebanyak 200 kes (16.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (103 kes), Kluster Rumah Merah (78 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (12 kes), Kluster Bakti (3 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster PTS Sibuga (1 kes),   Kluster Matambai (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 115 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 415 kes (0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
412 60731 Kelantan Perempuan (WN) 83 Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Penyakit kencing manis, darah tinggi dan buah pinggang kronik
413 67006 Negeri Sembilan Lelaki (WN) 60 Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban Orang kurang upaya, penyakit kencing manis, katarak dan buah pinggang kronik
414 74970 Selangor Perempuan (WN) 44 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, obesiti dan buah pinggang kronik
415 55965 Selangor Lelaki (BWN) 29 Hospital Sungai Buloh

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara .

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 13 Disember 2020, terdapat sebanyak 416 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 225 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat iaitu Kluster Wisma Saberkas di Sarawak, Kluster Sauh dan Basung di Sabah serta Kluster Auto di Selangor. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 191 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok (103 kes), Kluster Seruling (93 kes) dan Kluster Rumah Merah (78 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER HUJUNG PASIR

Kluster ini berkaitan dengan tempat kerja dan melibatkan daerah Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82138) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19.

  • KLUSTER LESTARI

Kluster ini berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi yang  melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Sepang di Selangor serta daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74963) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DESA IDAMAN

Kluster berkaitan dengan keagamaan ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78315) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA RIMBUN

Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 206 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19.

  • KLUSTER TANJUNG SURIA

Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan dua (2) buah kilang. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 8,480 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KUALA

Kluster berkaitan dengan tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di negeri Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78483) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Afzan, Kuantan. Sehingga 13 Disember 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

PENGURUSAN KUARANTIN PENGEMBARA DARI LUAR NEGARA DAN KONTAK RAPAT DI MALAYSIA

Merujuk kepada Sidang Media KKM pada 4 Disember 2020, KKM telah mengumumkan untuk mengkaji pemendekan tempoh kuarantin di Malaysia ke atas prosedur pengurusan kuarantin wajib kepada pengembara yang pulang dari luar negara dan kontak rapat kepada kes yang disahkan positif COVID-19. Ini selaras dengan situasi semasa COVID-19 di Malaysia dan laporan klinikal terkini dari seluruh dunia.

Sehingga kini, beberapa buah negara telah menyemak semula tempoh masa kuarantin wajib di negara masing-masing. Negara-negara United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10

Loading...
hari. Manakala bagi negara Perancis pula telah mengambil tempoh masa kuarantin wajib selama 7 hari. Semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin. Kadar kebolehjangkitan adalah tertinggi pada minggu pertama selepas pendedahan.

Justeru itu, berdasarkan pelaksanaan tempoh kuarantin oleh negara-negara lain di dunia dan laporan saintifik klinikal semasa, tempoh masa perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada tempoh 14 hari kepada 10 hari. Ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian yang dilaksanakan di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman. Perubahan ini akan berkuat kuasa bermula dari 14 Disember 2020.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 333 32,828
SELANGOR 435 (2) 21,047
W.P. KUALA LUMPUR 131 8,077
NEGERI SEMBILAN 29 6,264
KEDAH 13 2,822
PULAU PINANG 26 2,649
JOHOR 103 2,570
PERAK 105 2,462
W.P. LABUAN 6 1,430
SARAWAK 0 1,075
PAHANG 28 830
KELANTAN 0 466
MELAKA 7 433
TERENGGANU 12 262
W.P. PUTRAJAYA 0 215
PERLIS 1 45
JUMLAH KESELURUHAN 1,229 (2) 83,475

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,229 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 435 kes 
    • 228 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tanjung Suria (20 kes) dan Kluster Lestari (14 kes);
    • 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 333 kes 
    • 166 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 103 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 131 kes  
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 105 kes
    • 100 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 103 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Desa Idaman;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Rimbun;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 28 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kuala; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pulau Pinang: 26 kes 
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 13 kes daripada  kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu: 12 kes
    • 10 kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hujung Pasir;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • PerlisSatu (1) kes daripada kluster sedia ada.




Status terkini COVID-19 setakat 13 Disember 2020
Jumlah sembuh baru: 1309 kes
Jumlah kumulatif discaj: 69393 kes (83.1%)
Jumlah kes baru: 1229 kes
Jumlah kumulatif: 83475 kes
Jumlah kes aktif: 13667 kes
Kes tempatan: 1227 kes
Kes import: 2 kes
Jumlah kematian baru: 4 kes (3 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 415 kes (0.50%)
Jumlah kes di ICU: 115 kes
Pesakit intubated: 65 kes





 
Loading...
Back To Top