Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Covid-19 Malaysia 19 Dec: New Cases- 1,153 Total Cases- 91,969 | Active Cases- 15,294 | New Death-1


Kenyataan Akhbar KPK 19 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 998 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 76,242 kes (82.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 19 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,153 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 91,969 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 15,294 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,151 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 401 kes (34.8 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 281 kes (24.4 peratus)dan Sabah yang melaporkan sebanyak 199 kes (17.3 peratus).

Sebanyak 176 kes (15.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes) dan Kluster Tembok (80 kes). 

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 112 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 433 kes (0.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/Tempat Kematian Latar Belakang
433 75991 Pulau Pinang Perempuan (WN) 76 Hospital Pulau Pinang Penyakit darah tinggi dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER 

Sehingga 19 Disember 2020, terdapat sebanyak 440 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 241 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamatpada hari ini iaitu Kluster Softwood LD di Sabah, Kluster Besi Demak di Sarawak dan Kluster Rajawali di Pulau Pinang. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 199 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalahKluster Tapak Bina Jalan Stadium (167 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (96 kes), dan Kluster Tembok (80 kes).

KLUSTER BAHARU 

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN ZUHRAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan tempat kerja di sebuah tapak binaan. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 49 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KERIS RESIDENCE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-80664) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

3. KLUSTER JALAN TIMAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-90535) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 238 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BRUMAS

Kluster ini melibatkan daerah Kalabakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-74561) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Disember 2020 hasil saringan kendiri. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER LONG PANJI

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang di negeri Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-86605) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 19 Disember 2020, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; 

• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Disember 2020 @ 6.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 199 34,282
SELANGOR 401 24,024
W.P. KUALA LUMPUR 281 (2) 9,904
NEGERI SEMBILAN 18 6,876
Loading...
13.3333px;">JOHOR 75 2,987 PULAU PINANG  30 2,930 KEDAH 13 2,882 PERAK 82 2,857 W.P. LABUAN  19 1,514 SARAWAK 2 1,087 PAHANG  16 877 MELAKA 3 694 KELANTAN 10 493 TERENGGANU 0 285 W.P. PUTRAJAYA 4 232 PERLIS 0 45 JUMLAH KESELURUHAN 1,153 (2) 91,969

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2






Status Terkini #COVID19, 19 Dis 2020 Kes sembuh=998 Jumlah kes sembuh=76,242 kes Kes baharu positif=1,153 kes (1,151 tempatan, 2 import) Jumlah positif=91,969 kes Kes kematian=1 Jumlah kes kematian=433 kes Kes dirawat di ICU=112 kes Bantuan Alat Pernafasan=56 kes







Loading...
Back To Top