Loading...
Tidak diperuntukkan sebarang kerusi bertanding di PRN Sabah. Pimpinan PAS tenang malahan keluarkan kenyataan arah semua jentera parti seluruh negara turun lapangan bantu sedaya upaya untuk memenangkan calon-calon PN atau MN atau BN dibawah Gabungan Rakyat Sabah.
Dalam pembentukan Kerajaan PN hanya diberikan 3 kementerian yang agak kurang glamer dan presiden PAS pula dilantik sebagai Duta Khas bertaraf menteri. PAS redha dan bersyukur tanpa ada sebarang keluhan, terus melaksanakan tugas, tanggung jawab dan amanah sebaik mungkin.
PAS tidak merungut, memberontak dan mengamuk. Tetap tenang dan matang demi kesejahteraan rakyat.
Presiden PAS diejek sebagai Tok Lebai tinggi ilmu agama tapi cetek ilmu pencak politik, namun beliau mampu kawal parti dan setiap ahli, penyokong dan pendokongnya patuh, akur, taat dan wala'. Ahli semakin bertambah. Parti bertambah mantap dan kukuh.
Inilah PAS, tidak rebah oleh fitnah dan tidak lupa diri dan bermegah apabila memiliki kuasa dan jawatan.
PAS adalah sebuah gerakan Islam yang mengambil jalur tarbiyah, dakwah dan siyasah. Sejak penubuhan, prinsip dan dasar tidak pernah berganjak dan berubah.
Parti kedua dan Insya'Allah terakhir Omak. TAKBIR!!! ALLAHU AKBAR!!!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...