Loading...
2) Mereka adalah golongan yang mungkin pernah berdepan zaman perbalahan yang dahsyat antara PAS dan UMNO dalam era 70an hingga awal 90an. UMNO menggunakan kuasa dan kekerasan yang menyerang fizikal, PAS pula menggunakan pentas ceramah menyerang hati sanubari.
3) Atas pengalaman buruk inilah, golongan ini mungkin masih berdendam dan terus mencurigai PAS. Luka fizikal boleh sembuh dengan ubat-ubatan. Luka dihati, siapa tahu.
4) Namun, setelah masuk era Reformasi, perbalahan UMNO dan PAS sedikit kendur kerana UMNO memandang kumpulan reformasi dan PKR sebagai ancaman yang lebih besar dan mendadak.
5) Walaupun PAS musuh utama, kemunculan PKR lebih menggugat kestabilan UMNO. Lebih-lebih rasa terancam apabila PAS dan DAP memberi sokongan padu kepada kemunculan PKR.
6) Kemunculan PKR telah merobek kekuatan UMNO apabila hampir majoriti pemimpin-pemimpin mudanya menyertai DS Anwar Ibrahim menggerakkan PKR, melawan UMNO - dan dibantu oleh PAS dan DAP.
7) Kehilangan sebahagian besar pemimpin muda dalam UMNO membuatkan mereka datang dengan satu kesimpulan bahawa penyertaan DS Anwar ke dalam UMNO bukan untuk menguatkan UMNO, tetapi mengABIMkan UMNO (dalam istilah ABIM, mengislahkan UMNO).
8 ) Atas faktor pengalaman itu, mereka khuatir jika kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional akan memPASkan UMNO sebagaimana DS Anwar telah mengABIMkan UMNO - kelak apabila berbalah semula, mereka bimbang PAS akan menarik sebahagian besar ahli-ahli UMNO yang telah diPASkan semasa era Muafakat Nasional.
9) Lalu mereka mencari trigger untuk menggagalkan Muafakat Nasional, atau menjadikan Muafakat Nasional hanyalah sebagai permuafakatan yang tidak sampai ke tahap 'merging' dengan PAS. Anytime boleh pecah.
10) Antara trigger yang menjadi fokus mereka adalah kerjasama PAS dengan BERSATU dalam PN. Sikap PAS cuba digembar-gembur sebagai makan dua kolam, makan keliling, tikam kawan, dan tidak boleh diperchayai.
11) Walalupun begitu, asakan kumpulan ini masih diperingkat defensive, kerana dalam UMNO juga masih ada kumpulan yang terus berusaha mengukuhkan Muafakat Nasional. Mahu tidak mahu, mereka cuba ikut flow dan berhati-hati.
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
MR : Zaman atok kepada atok aku, kalau tak ada UMNO tak ada jalan raya, tiang elektrik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...