Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kawal kenaikan harga barang

Loading...

 


Oleh Teon Eg

Seminggu lalu beberapa negeri di Malaysia kerap dilanda hujan. Hujan tersebut adakalanya membawa banjir dan adakalanya menyedarkan pemilik rumah bahawa atap bumbung masing-masing sudah uzur hingga bocor.

Jika hujan itu sekali dalam tempoh dua tiga bulan, mungkin masalah bocor tersebut boleh diabaikan tetapi jika hujannya hampir setiap hari sanggupkah pemiliknya terus melihat air bertangkung dalam rumah.

Demikianlah delima dihadapi mereka yang berpendapatan hanya cukup makan bagi tiap-tiap bulan atau secara harian. Ia berkaitan kos membaiki bumbung bocor tidak murah kerana paling kurang kita perlu bersedia dengan harga RM500 hingga RM3,000.

Itu membabitkan masalah membaiki bumbung macam mana pula bagi mereka yang belum memiliki rumah?. Masih mampukah mereka membeli rumah ketika harga bahan bina didakwa naik sehingga 20 peratus.

Kenaikan tersebut membabitkan bahan seperti simen, batu-bata, dan pasir . Semua bahan tersebut menjadi asas sama ada membaiki atau membina rumah.

Mendengar saja kenaikan tersebut, kira-kira 30,000 kontraktor Kelas F mula keluh-kesah kerana mendakwa margin keuntungan mereka akan terus berkurangan selepas ini.

Kenaikan tersebut sangat mengejutkan kerana ia berlaku ketika rakyat belum menang melawan Covid-19. Jika kerajaan tidak berbuat sesuatu dengan masalah itu kesannya sangat tidak baik buat rakyat.

Justeru, dalam isu ini kerajaan digesa meneliti semula tindakan pembekal dan penjual barang binaan yang dilihat sesuka hati mengambil kesempatan di tengah-tengah kegawatan ekonomi rakyat.

Lebih-lebih lagi, mulai bulan depan, peminjam bank yang tidak memilih atau ditawarkan melanjutkan tempoh moratarium akan menyambung semula ansuran pinjaman masing-masing.

Pinjaman rumah, kereta, peribadi atau lain-lain atas nama `hutang’, komitmen tersebut perlu diteruskan.

Setakat minggu lepas, Kementerian Kewangan memaklumkan bank telah menghubungi lebih 2 juta peminjam untuk menawarkan bantuan pembayaran pembiayaan.

Jadi pembekal dan penjual barang binaan tidak sewajarnya menambahkan lagi beban rakyat yang sedia terbeban. Di saat ini semua pihak seharusnya saling bantu-membantu dan bukannya mengambil kesempatan atas satu sama lain.

Loading...
Back To Top