Loading...
Dato Husam Musa bersama dengan saya sejak zaman kepemudaan. Bermula sejak beliau keluar dari Universiti Malaya, kami sama sama berkecimpung di dalam PAS.
Kami sentiasa bertukar tukar pandangan, berceramah sepentas dan merangka strategi PAS sehinggalah kami bersama di dalam Parti Amanah Negara.
Dato Husam seorang yang berfikiran luas, strategik dan sentiasa fokus didalam gerak kerjanya. Kehebatannya itu diakui oleh kawan dan lawan.
Apabila beliau berhasrat melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden AMANAH, maka kami para pimpinan mencadangkan supaya beliau diberi peranan yang lebih besar iaitu sebagai penasihat kepada tiga biro penting iaitu Biro Pilihanraya, Komunikasi dan Strategi Parti yang akan memimpin roadmap pilihanraya Parti AMANAH Negara.
Inilah tanggungjawab yang akan diserahkan kepada Dato Husam bersesuaian dengan pengalaman dan kebolehan beliau. Saya dengan Dato Husam Musa akan sentiasa berganding bahu untuk memajukan Amanah, mengeratkan hubungan dalam Pakatan Harapan dan memacu masa depan politik Malaysia dengan konsep Islam Rahmatal Lil Alamin.
Mohamad Sabu
Presiden
Parti AMANAH Negara
15 September 2020