Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

COVID-19 MALAYSIA: New Cases- 182 ( Imported- 1, Local- 181), Active Cases- 501 | Total Cases- 9810 | Total Deaths- 128

Loading...


Kenyataan Akhbar KPK 11 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,181 kes (93.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 182 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,810 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 501 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 182 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu (1) kes import yang dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warganegara Filipina. Daripada 181 kes penularan di dalam negara, 90 adalah warganegara Malaysia manakala 91 adalah bukan warganegara. Perincian kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

i.      Kedah – 14 kes:

  • 11 kes daripada Kluster Sungai; dan
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Telaga.

ii.      Sabah: 167 kes daripada Kluster Benteng LD, di mana 91 kes merupakan bukan warganegara.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI TIGA BUAH KLUSTER – KLUSTER BENTENG LD, SUNGAI DAN TELAGA

Kluster Benteng LD, Kluster Telaga dan Kluster Sungai mencatatkan pertambahan kes pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini bagi kluster-kluster mengikut negeri terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,837):
    • Tawau (2,067 disaring):
      1. 250 kes dikesan positif COVID-19 (167 kes baharu);
      2. 625 individu negatif; dan
      3. 1,192 individu masih menunggu keputusan.
    • Lahad Datu (770 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19;
      2. 291 individu negatif; dan
      3. 392 individu masih menunggu keputusan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 167 kes baharu, 76 kes adalah warganegara di mana 70 kes adalah banduan penjara dan enam (6) kes adalah melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat. Manakala baki 91 kes lagi pula adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (61 kes);  dan
  • Indonesia (30 kes).

2. Kluster Sungai (jumlah saringan 2,170):

  • Kedah (2,037 disaring):
    1. 50 kes dikesan positif COVID-19 ( 11 kes baharu);
    2. 1,408 individu negatif; dan
    3. 579 individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang – Kesemua 122 saringan adalah negatif.
  • Perlis (11 disaring):
    1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    2. Enam (6) individu negatif; dan
    3. Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,766):

a)    Kedah (4,718 disaring):

  • 16 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 4,610 individu negatif; dan
  • 92 individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang – kesemua 48 saringan adalah negatif.

Situasi semasa kluster-kluster dan kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, pelaksanaannya berjalan lancar dan kerjasama masyarakat setempat adalah amat baik.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 September 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 33
KEDAH 14 284
PULAU PINANG 0 138
PERAK 0 269
SELANGOR 1 (1) 2,191
NEGERI SEMBILAN 0 1,039
MELAKA 0 262
JOHOR 0 752
PAHANG 0 371
TERENGGANU 0 114
KELANTAN 0 160
SABAH 167 759
SARAWAK 0 700
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,616
W.P. PUTRAJAYA 0 99
W.P. LABUAN 0 23
JUMLAH KESELURUHAN 182 (1) 9,810

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Image

PERINCIAN KES BAHARU (182) KEDAH-14 11 WN kes Kluster Sungai 3 WN kes Kluster Telaga SABAH-167 76 WN Kluster Benteng LD 91 BWN Kluster Benteng LD SELANGOR-1 1 import BWN tiba dari Filipina


Image

Terkini COVID-19, 11 Sept 2020 Jumlah discaj baru:14 Jumlah kumulatif:9181 (93.59%) Jumlah kes baru;182 Jumlah kumulatif:9810 Jumlah kes aktif:501 Kes tempatan:181(90WN, 91BWN) Kes import:1 (BWN) Jumlah kematian:0 Jumlah kumulatif:128 (1.30%) Jumlah kes di ICU:9 Intubated: 5

Loading...
Back To Top