Loading...
2) 'Sistem' wala' ini adalah berupa taat dan patuh kepada arahan dan strategi pimpinan yang dipilih melalui Muktamar, dan yang dilantik oleh Presiden. Ketaatan dan kepatuhan dalam sistem wala' ini hanya tertakluk kepada perkara yang tidak bertentangan dengan Akidah dan Syariat Islam.
3) Selagi tidak bertentangan dengan Akidah dan Syariat, ahli PAS akan wala' apa jua strategi dan arahan, walaupun mereka tidak bersetuju pada dasarnya. Ia adalah normal dalam mana-mana organisasi untuk ahli berwala' kepada pimpinan. Tanpa wala', organisasi akan berpecah, strategi akan terbarai.
4) Dalam PAS yang punyai kurang lebih sejuta ahli, semestinya mempuyai sejuta pemikiran yang berbeza, dan tentunya ramai yang tidak bersetuju dengan keputusan pimpinan. Tetapi yang tidak bersetuju, tidak akan membantah atau melawan setelah sesuatu arahan itu diputuskan oleh pimpinan. Bantahan dan kritikan kepada dasar dan strategi itu dibuat sebelum ia digazet sebagai arahan. Setelah diarahkan, mereka akan follow, walaupun tidak bersetuju.
5) Yang dikatakan wala' itu 'sistem' adalah wala' ahli PAS datang daripada blok yang bersetuju dan juga blok yang tidak bersetuju. Kedua-duanya meletakkan keperchayaan kepada pimpinan. Cuma, yang bersetuju akan berada di barisan hadapan untuk melaksanakan arahan. Yang tidak bersetuju pula menjadi support dari belakang. Pokoknya, wala' - tidak buat kerja tikam belakang.
6) Contohnya, bab bekerjasama dengan UMNO. Ada yang bersetuju, dan ada yang tidak bersetuju. Abaikan spesis Harumanis. Harumanis tidak termasuk dalam 'sistem' wala' PAS yang unik. Let say, Blok A: 40% bersetuju kerjasama dengan UMNO, dan blok B: 40% lagi tidak bersetuju bekerjasama dengan UMNO. Blok C pula 18% berbelah bagi.
7) Ketika PAS bergaduh berperang dengan UMNO, 40% ahli dari Blok B menjadi barisan hadapan melawan UMNO. Apa saja strategi dan arahan pimpinan untuk kitai UMNO, ahli Blok B inilah yang akan ke hadapan melaksanakan arahan parti. Manakala ahli Blok A yang mesra UMNO tidak membantah, tetapi mereka enggan berada di barisan hadapan. Mereka tidak tikam Blok B ataupun keluar parti.
8 ) Apabila PAS membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, ahli Blok A pula akan ke barisan hadapan, bekerja ke arah muafakat dengan UMNO, merancang strategi, berkomunikasi dan berprogram dengan UMNO. Manakala ahli Blok B yang tidak suka bekerjasama dengan UMNO akan duduk diam-diam di barisan belakang, menyerahkan urusan strategi politik kepada pimpinan dan ahli Blok A.
9) Begitulah blok A dan blok B bertukar-tukar giliran menjadi frontline kepada parti, dan ia menjadi satu sistem tanpa disedari. Namun yang tidak sanggup berada dalam sistem wala' ini hanya akan menyokong pimpinan mengikut selera diri sendiri, kemudian pakat keluar parti ketika parti tidak ikut selera mereka. Mereka keluar dari sistem wala' dan tubuh parti baru.
10) Jadi, parti-parti lain yang berkawan dengan PAS kena ingat, masa berkawan, PAS ada blok ahli yang sanggup berkorban untuk berkawan. Tetapi jika anda nak berperang, PAS juga ada blok ahli yang 'specialist' untuk berdepan dengan anda. Itulah sistem wala' PAS yang jarang-jarang ada pada parti lain. Walaun? Walaun tu Blok D bang...
Sekian
Dr Tanaka Mustafa
#Sumber : FB
MR : Penulis, terutama bekas penulis Harakah yang keluar parti bersama AMANAH tak faham konsep wala' ini.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...