Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi (Amanah TBH) mengkritik siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadap anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mengambil masa selama 11 jam semalam.
Menyorot semula insiden kematian bekas pembantu Adun Selangor, mendiang Teoh Beng Hock pada 2009, pengerusinya Ng Geoh Chee menyifatkan tindakan itu sebagai 'penderaan psikologi'.
“Kami menegaskan bahawa soal siasat yang tidak perlu dan panjang adalah satu bentuk penyeksaan psikologi kerana menimbulkan tekanan yang luar biasa, membahayakan kesihatan mental seseorang dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa ketika dalam tahanan.
“Soal siasat yang panjang melanggar hak setiap orang untuk beristirehat seperti yang dinyatakan dalam artikel 24 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tapi Amanah Teoh Beng Hock Untuk Demokrasi (Amanah TBH) diam maca tikus apabila bekas PM dan isterinya Rosmah disoal siasat lebih daripada 13 jam. Malah serbuan dibuat sehingga pagi bulan puasa tak ada pula dengan suara AMANAH TBH membantah.
Sikap hipokrit dan bodoh dilakangan penyokong PH ini membuat rakyat melihat PH ini parti yang tak mampu memimpin negara untuk kesejahteraan rakyat.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.