Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Baca meter TNB kena cium tangan ?

KUALA LUMPUR, — Wanita DAP Johor mempersoalkan kegagalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membuat bacaan meter sepanjang tempoh Perintah Kawalan
Loading...
Pergerakan (PKP).

Setiausaha publisitinya berkata alasan yang diberikan TNB tidak wajar memandangkan aktiviti berkenaan tidak melibatkan sentuhan fizikal.

“Bukan tembak dari luar pagar saja? Ke ada kena bagi salam, cium tangan, minta izin tengok meter?” soal Marina Ibrahim.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang menjelaskan kegagalan TNB itu selepas mendapat nasihat Majlis Keselamatan Negara.

TNB sepanjang musim PKP tidak membuat bacaan meter elektrik membuatkan mereka menghasilkan bil anggaran pengguna.

Bil anggaran berkenaan mencetuskan kemarahan orang ramai selepas jumlah yang dinyatakan mencecah ribuan ringgit.
Loading...
Back To Top