Semasa saya kecil, iaitu umuran sekolahan rendah, saya suka menternak ayam kampong. Hasil dari jualan ayam adalah pakaian baru hari raya dan persekolahan saya. Telur ayam adalah sajian harian protein saya. Jika saya kekurangan alatan sekolah, maka telur ayam kampung adalah sumber kewangan saya. Saya tidak pernah meminta wang dari ayah untuk biaya apapun keperluan sekolah saya. Alhamdullilah sejak kecil saya cukup berdikari. Setiap hujung minggu bila sanak saudara datang dari jauh dan juga dekat, sup ayam mendekatkan kami. Kebetulan, saya mempunyai seekor ayam jantan yang cukup hebat. Hebat lantaran dia mampu menjaga para pasangannya serta anak-anaknya dari serangan helang. Di Kampung di mana saya dulu menjalani hidup sebagai kanak-kanak sangat banyak helang lantaran sekeliling masih dipenuhi hutan tebal. Ayam jantan saya ini, dia banyak bini. Bila para bininya beranak, dia sentiasa memastikan bini-bini dan anak-anaknya sentiasa berdekatan untuk memudahkan dia mengawal keselamatan mereka.
(2) Saya juga mempunyai seekor kucing jantan. Kucing ini saya namakan sebagai TOMPOK. Kenapa namanya Tompok, saya juga tidak tahu sehingga kini. Bukan kerana bulunya bertompok-tompok seperti kebiasan orang bila menamakan kucingnya. Tompok mempunyai bulu belang agak kelabu-kelabu. Seharusnya saya namakan di BELANG. Kucing ini gemuk, dan cukup hebat menjaga rumah dari ganguan tikus. Setiap minggu saya mandikannya dengan sabun Fab atau Breeze, jenama serbuk cucian yang cukup terkenal pada masa itu. Tompok tidak suka makan tikus melainkan menangkap dan membuli sehingga tikus itu mati. Tompok sentiasa menemani saya tidur. Di awal pagi dia akan menyondol-yondol muka saya seolah-olah untuk membangunkan saya untuk ke sekolah. Takrifan saya pada waktu itu sebegitulah, sedang kini saya berkira dia mungkin sebetulnya mengejutkan saya agar Subuhan. Keberadaan Tompok menyebabkan saya tidak pernah lewat ke sekolah. Sifat-sifat Tompok yang sangat sukar saya lupakan adalah, bila saya hendak ke sekolah, dia pasti mengucap Selamat Jalan kepada saya dengan duduk memerhati di anak tanga atas. Bila kembali dari sekolah, sekitar jam tiga sore, Tompok pasti sudah menanti di depan pintu dan saat saya merapati tanga, dia pasti melompat ke bahu saya.
(3) Saya juga mempunyai seekor anjing jantan. Aning ini asalnya saya kutip dari kilang papan bersedekatan dengan rumah saya. Anjing ini saya namakan sebagai KIPUK. Bunyi namanya agak Russia sedikit KIPUV. Tubuhnya besar. Dia cukup sehat. Wara bulunya juga agak kelabu. Kerana rumah saya pada masa dulu adalah rumah panggung tinggi sekitar enam kaki, maka ruang bawah rumah, kolong cukup luas. Kolong rumah ini, sentiasa saya bersihkan kerana ainya adalah berupa gynasium semasa saya kecil-kecil. Di kolong itulah tempat saya bersana anak-anak jiran yang kebetulan semuanya adalah suadara-saudara saya bermain buaian, guli, gasing bahkan main pondok-pondok. Tidak seperti kebanyakan rumah-rumah lain, kolong rumah saya tidak digunakan sebagai kawasan ternakan ayam atau storan. Ayah saya membina stor berasingan bagi keperluan penyimpanan apapun. Sebegitu juga, dia membina reban khas untik saya mengurung ayam di waktu malam. Maka, Kipuk saya bina tempat khas untuk dia tidur. tempatnya adalah sarah kayu bekas lemonade dan diisi dengan daun-daun rumput kering. Setiap minggu saya akan tukarkan alas tidurnya.
(4) Kipuk anjing yang sangat taat. Di hujung minggu ke mana saja saya pergi dia pasti membuntuti. Dia hebat berburu. Dia cukup suka menagkap burung wak-wak. Dia juga gemar mengali lubang-lubang tikus di permatang sawah. Seperti Tmpok, Kipuk sangat rapat dengan saya. Dia akan mengiring saya ke sekolah sehingga se suatu tempat khas di mana saya akan mengarahkannya pulang. "Wes kono moleh". Saat saya berteriak sebegitu, dia akan memandang seperti berwajah sayu lalu pulang. Saya ke sekolah sering sendiri-sendiri. Anak-anak tetanga cukup payah untuk ke sekolah terutama bila hari hujan atau bah pasang besar. Kipuk tidak pernah lekang dari menemani saya ke sekolah. Bila pualng dari sekolah, Kipuk biasanya menanti saya di tempat di mana saya
Loading...
menyuruhnya pulang.
(5) Sesungguhnya tiga haiwan ini adalah sebahagian kehidupan harian saya di alam anak-anak dan persekolahan peringkat rendah saya di sebuah desa yag cukup terpencil dan menyulitkan. Pada penghujung Disembar 1972, saya mengucapkan selamat tinggal kepada mereka lantaran saya perlu pergi menyambung pelajaran ke UK (Ulu Kelantan). Sekembali semasa bercuti pada Novembar 1973, bukan keluarga dan teman-teman yang saya damba tetapi mereka. Saat mendekati rumah, saya tidak melihat kelibat mereka. Bapa, yang menanti kedatangan saya di tanga atas rumah, menujukkan suatu pojok rumah kami, dan si sana saya lihat tiga taing lada terpacak teguh. Mereka semua bapa kuburkan berdekatan dan ditandai dengan tiang lada dari belian. Akhir hayat mereka, ayam jantan mati keran parah bertarung dengan helang. Kipuk dan Tompok sakit kerana tidak mahu makan. Mereka semua mati sekitar tiga ke enam bulan selepas saya berangkat ke UK.
(6) Hakikatnya, Melayu dulu-dulu cukup mendalam firasat dan falsafah hidup mereka. Cuma lantaran penulisan mengenai kehebatan keilmuan Melayu tidak pernah digilap dengan jalan yang cukup akademik, maka sering apapun mengenai Melayu dipandang serong. Dalam tulisan ini saya cuba ketengahkan suatu konsep pemikiran Melayu yang berbunyi: "Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain" Konsep ini, dan terkait dengan tulisan ini, saya cuba padani dengan apa yang Sigmund Freud katakan sebagai "You are you when you are kid". Samalah padanan dengan pepatah Arab yang berbunyi "Generasi kini dibina oleh generasi 100 tahun ke belakang". Dalam bahasa kini, kita pada hakikatnya terbina oleh masa silam kita. Diri saya contohnya, saya boleh terus berjaya dengan kerjaya awam dan koprat. Namun saya memilih untuk pulang ke kampung. Saya masih terkenang tempat saya jatuh dan bermain. Bermula 2012 bila saya meninggalkan jawatan saya di sektor awam, saya mulai dengan membangun rumah burung walit. Namun ianya tidaklah berjaya lantaran saya belum sepenuhnya ke situ. Sudah hampir lapan tahun bangunan burung walit saya bina, namun satu senpun saya belum mendapat pulangan. Bukan kerana apa, lantaran my heart is not there as yet. Di samping itu, di keliling kampung saya, sudah flooded dengan rumah walit. Saya belum give up. Saya terus mencari akal. Alhamdullillah dan In Shaa Allah saya sudah menemukan jawabannya dengan merombak cara saya membangun dan mengurus keseluruhan usaha saya di Kampung.
(7) Kemudian pada 2013 saya mula membangun rumah puyuh di keliling rumah walit. Saya tidak pernah memelihara puyuh. Saya membaca dan melawat tempat-tempat pemeliharaan puyuh. Namun satupun belum excite me. Tempat-tempat ternak puyuh yang saya lawati biasanya kotor, berbau, sesak. Saya terus mencari akal dan mencuba-cuba bagaimana semua ini dapat dihidari atau dikurangkan. Semuanya tidak menunjukkan jalan penyelesaian mudah. Namun saya tidak pernah mengalah. In Shaa Allah sekitar sebulan dua lagi, saya akan mampu membina sistem pemeliharaan puyuh yang cukup selesa, bersih dan menyeronokan.
(8) Belumpun rumah puyuh siap, saya telah membangunkan reban ayam. Cadangannya hendak memelihara ayam kampung secara lain. Cita-cita saya cukup mudah. Saya ingin membangun hibrid ayam kampung yang berbeza-beza. Pada Disembar 2019, saya mula memasukkan ayam-ayam kampung ke reban. Saya beli benih ayam kampung dari pelbagai negara: India, Poland, USA, Perancis, Vietnam-Thai dan malah ayam-ayam tempatan dari pelbagai sumber. Namun apa yang terjadi, saya hampir-hampir hancur. Saya tidak berhenti. Saya terus memperbaiki. Kini Alhamdullilah ayam kampung saya sudah mulai hybriding malah integrate dengan ayam pedaging dan penelur. Saya belum berani untuk mengatakan saya berjaya, tetapi saya sedang memecahkan beberapa kekangan.
(9) Usaha ayam kampung saya tiadk terhad kepada ayam kampung. Bersama ayam, saya sedang melakukan ujikaji untuk menhernak ayam mutiara, burung dara dan pelbagai jenis itik penelur dan pedaging.
Loading...