Oleh JAMZURI ARDANI
Semasa negara berada di bawah regim kleptokrat, saya pernah terfikir untuk berhijrah tinggal di negara lain. Waktu itu, kiranya ada peluang untuk berbuat demikian, saya pasti telah melakukannya.
Pada saya, negara ini tidak punya masa depan yang baik. Sebuah negara yang ditadbir oleh gerombolan penyamun tidak

Loading...
mungkin mampu menjanjikan apa-apa kebaikan yang substantial kepada rakyat.
Alhamdulillah berlaku perubahan dalam PRU14. Keyakinan saya terhadap masa depan negara kembali pulih. Saya tahu proses pemulihan pasti akan mengambil masa dan ianya akan berhadapan dengan laluan yang sukar. Tetapi saya masih punya keyakinan yang tinggi negara ini boleh dibina semula.
Hari ini, keyakinan saya terhadap proses pemulihan masa depan negara berada pada tahap yang sangat rendah. Apapun, saya percaya bahawa saya telah berusaha dan menyumbang segalanya sejak dari zaman saya remaja sehinggalah hari ini saya telah berusia serta mempunyai cucu.
Dengan segala keupayaan dan kudrat yang ada saya telah berjuang bagi kebaikan negara ini.
Cukuplah Allah SWT menjadi saksi di atas segala pengorbanan saya buat negara ini.
Wahai anak-anak muda, bangkitlah! Masanya telah tiba untuk kamu pula. Hidup biar berprinsip. Maruah mesti dijaga. Akal perlu dihornati dan disyukuri. Negara ini milik kita bersama.