Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Adakah Anda Selesa bersama Kerajaan yang Amalkan Rasuah ?

Oleh Manan Razali

Kepetahan kata2nya berpusing jauh dari menjawab soalan yang ditanya tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa dia sebenarnya selesa bersama kerajaan yang mengamalkan rasuah politik dan sogokan untuk kekal berkuasa setelah merampas kuasa pemerintahan melalui cara yang tidak bermoral dan tidak berpandukan sunnah Nabi (saw) dan para sahabat. 

Kebenciannya terhadap beberapa kerat orang yang dikatakan menghina agama Islam yang sepatutnya boleh ditangani dengan tegas oleh Menteri KDN pada waktu itu tetapi memilih untuk menjadi tunggul, telah diguna sebagai alasan utama untuk dia mewajarkan sokongannya kepada Menteri tersebut mengkhianati mandat rakyat dan menyerahkan kuasa pemerintahan kepada bapak2 lanun asalkan Menteri tersebut dapat merasa jadi PM walaupun untuk seketika.

Penggunaan ayat 118 dari surah Aali-Imraan sebagai satu2nya dalil untuk mewajarkan tindakan menyokong kemudharatan yang lebih besar kepada rakyat dan negara amat tidak kena pada tempatnya. Undang2 negara memperuntukkan cara untuk menangani masalah ini dengan tegas tetapi ia tidak digunakan oleh Menteri KDN pada waktu itu. Anehnya, kegagalannya menangani masalah ini pula diraikan dan disokong.

Ayat tersebut sebenarnya ditujukan kepada orang2 munafiq dan juga orang2 Yahudi pada zaman Nabi (saw) di era Madinah. Cuba kita fahami dengan betul bagaimana Nabi menangani masalah ini dalam keadaan kuasa pemerintahan sudah pun berada di tangan baginda pada waktu itu.

Persoalan yang perlu diteliti ialah : Adakah baginda terus tinggalkan perjuangannya yang lebih utama dan mengalih 100% fokusnya untuk menghukum orang2 munafiq dan Yahudi tersebut dengan
Loading...
keras?
Jawapannya tidak. Baginda Nabi masih tetap memfokuskan usaha memerangi musuh2 agama lebih besar yang mahukan kezaliman dan ketidak-adlilan sosial dikembalikan sebagai "social-order" masyarakat mereka supaya budaya dan amalan penindasan terhadap golongan yang lemah boleh diteruskan demi kepentingan politik dan ekonomi golongan bangsawan yang berharta dan berkuasa.

Sebenarnya, ayat 3:118 tersebut adalah sekadar peringatan dari Allah kepada Nabi dan orang2 mukmin supaya berhati-hati dan berwaspada terhadap golongan munafiq dan Yahudi yang akan menikam Nabi dari belakang jika baginda cuai dan leka. Nabi dan orang2 beriman diingatkan melalui ayat tersebut supaya jangan memandang ringan kepada bahaya ini. Tetapi perjuangan menentang kezaliman dan ketidak-adilan wajib diteruskan dan sentiasa diutamakan. Inilah panduan dan pengajaran sebenar yang sepatutnya kita ambil dari ayat Qur'an tersebut.

Agak pelik apabila tokoh2 agama dan para agamawan yang lebih mendalam ilmu mereka tiba2 melatah dan gagal mengambil pengajaran dari sirah Nabi (saw) dengan cermat untuk mengaplikasikan ayat2 Qur'an dengan betul mengikut konteks realiti semasa yang sedang kita hadapi.

Bagaimanakah mereka mempraktikkan Fiqh Awlawiyyat (i.e. Fiqh Prinsip Keutamaan) dan Fiqh Muwazanah (i.e. Fiqh Pertimbangan) dalam urusan menangani masalah2 masyarakat dan negara untuk membimbing umat ke arah yang betul jika begini dangkal pemikiran mereka?

Atau adakah mereka telah dibutakan dengan semangat dan emosi asabiyyah keterlaluan yang Nabi ancam dengan hadis berikut : "Sesiapa yang berperang untuk tujuan yang tidak jelas, mendokong asabiyyah (yakni semangat perkauman yang tebal), dan menjadi marah atas sebab asabiyyah, maka dia mati dalam keadaan jahiliyyah." [Sunan An-Nasa'i, Hadis no. 4114].

Berwaspadalah agar kita jangan termasuk dalam golongan yang Nabi sabdakan ini. Fahami baik2 bahawa mati dalam keadaan jahiliyyah bermakna tempat kembali di akhirat kelak ialah pada tempat amat buruk yang tiada tolok bandingnya. Malangnya, inilah jalan yang ditunjuki oleh majoriti para agamawan kita. Mereka ajak kita melayan emosi asabiyyah ini dengan panduan agama yang salah hingga keutamaan yang sebenar kita abaikan. Adakah mereka rasa bahawa Allah lalai terhadap pesanan RasulNya mengenai perkara ini kepada umat baginda?

Na uzubillahi min zalik [Kami berlindung kepada Allah dari (keburukan) ini]..
Loading...
Back To Top