Loading...
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menggesa supaya persidangan Parlimen dijalankan sepenuhnya selaras keputusan kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi untuk meneruskan operasi tanpa sekatan bermula semalam.
Menurut PH, masalah rakyat termasuk isu kebajikan dan pekerjaan wajar diberikan perhatian di Parlimen selari dengan usaha pemulihan ekonomi yang terjejas teruk berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi membendung pandemik Covid-19.
“Dalam keadaan lengkuk wabak Covid-19 mulai landai dan semakin ramai yang dijangkiti beransur pulih, kebenaran ini (sektor ekonomi beroperasi) adalah satu langkah yang dialu-alukan namun perlu dilaksana dengan waspada dan berhati-hati.
“Kesan Covid-19 terhadap ekonomi negara amatlah besar, di mana begitu banyak syarikat perniagaan kehilangan pendapatan dan ramai yang mungkin kehilangan pekerjaan.
“Majlis Peguam serta persatuan-persatuan perniagaan juga telah menggesa beberapa akta dipinda atau undang-undang baharu digubal bagi menangani masalah dan memastikan sektor ekonomi dapat berjalan dengan baik.
“Masalah-masalah Rakyat juga perlu perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak dan imbang perjalanan Kerajaan bagi menjamin ketelusan pengurusan dan kebertanggungjawaban pihak eksekutif.
“Oleh itu, Majlis Presiden berpendirian bahawa Parlimen wajib bersidang penuh. SOP yang telah ditetapkan Dewan Rakyat bagi membolehkan sidang Parlimen berjalan pada 18 Mei membolehkan sidang Parlimen diteruskan seperti biasa lebih dari satu hari yang diumumkan,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini
Kenyataan itu dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Dalam pada itu, PH turut menggesa agar pindaan Peraturan Mesyuarat dilakukan bagi membolehkan Parlimen terus bersidang dengan beberapa langkah pencegahan.
Ini termasuk membolehkan Parlimen bersidang secara dalam talian selain mengehadkan kehadiran wakil rakyat di Dewan Rakyat tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing.