Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mengikut Sifir Bodoh Penulis Shahbudin Husin


Shahbudin Husin menulis dalam blognya (baca di sini)

Dengan jumlah 113 itu, bermakna Muhyiddin hanya mempunyai dua majoriti saja di Parlimen sekarang ini.

Ini adalah suatu kedudukan yang sangat lemah, lekeh, haprak serta tidak pernah dialami oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Dengan kata lain, kerajaan PN pimpinan Muhyiddin ini layak digelar sebagai “kerajaan pasir dua butir” sebagaimana pernah didialogkan oleh Seniman Agung P Ramlee dalam salah sebuah filemnya.

Melihat kedudukan kerajaan yang sangat lemah ini, Muhyiddin tidak mungkin dapat berfungsi dengan baik sebagai Perdana Menteri kerana tidak ada sesiapa mempunyai keyakinan terhadapnya.

Pelabur luar dan dalam negeri, kakitangan awam, kelompok perniagaan dan orang awam, malah penganggur, lepasan univiersiti serta budak-budak sekolah pun tidak punya keyakinan yang sama.

Dia menulis lagi

Di Parlimen pula, selain usul undi tidak percaya sudah diterima dan bakal dibentangkan pada sessi Dewan Rakyat Julai akan datang lebih mungkin berjaya untuk menjatuhkannya, segala rang undang-undang dan usul kerajaan juga sukar untuk diluluskan.

Dua atau tiga orang Ahli Parlimen kerajaan tidak hadir, ia dengan sendirinya menyebabkan usul dan rang undang-undang kerajaan tersekat daripada dilaksanakan.

Shahbuddin membuat kesimnpulan dalam tulisannya

Meletak jawatan dan berundur secara baik adalah satu-satu pilihan terbaik yang wajar diambilnya sekarang kerana sebelum usul undi tidak percaya, jika ada dua orang Ahli Ahli Parlimen sedia mengumumkan secara terbuka menolak kepimpinanya dalam waktu terdekat ini, kejatuhannya jauh lebih memalukan lagi.

Berundur sajalah Bang Din – berehat, tumpu pada keluarga dan utamakan kesihatan sendiri.

Ni aku nak ulas

113 MP kononnya sangat lemah, lekeh, haprak serta tidak pernah dialami oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini. Aku nak tanya pula kepada penulis yang haprak jika Muhyiddin serah kepada PH memerintah dengan bilangan MP sekarang 107 + 1 bebas + 1 kata keluar daripada PN jadi 109

Habis engkau nak kata apa kepada kerajaan PH yang bakal nak perintah Malaysia setelah Muhyiddin berikan kepada mereka dengan bilangan kerusi 109?

Sangat lemah, lekeh, haprak serta tidak pernah dialami oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini??

Takkan Anwar nak memerintah dengan bergantung kepada Pembangkang sokong. Itu pun engkau tak boleh fikir mana lebih baik antara 113 dengan 109?

Aku nak pulang ayat engkau
Berundur sajalah "Bang Din" kalau menulis bodoh tak pakai akai sekadar menulis ikut emosi. Orang bodoh aje boleh percaya penulis rubbish.

Nasir
Loading...
Ramlee


MR :  Dia menulis mengikut "kadar kemasukan" ya ikut pasaran siapa up lebih


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Loading...
Back To Top