Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kerajaan PH Selangor kuat walau ‘diganggu’, kata MB


SHAH ALAM:
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari menyifatkan sabotaj paling besar kepada usaha pemulihan ekonomi negeri dan negara akibat kesan penularan wabak Covid-19 adalah “ganggu gugat politik”.

Amirudin turut mengakui wujud “usaha” sedemikian dalam pentadbirannya, namun beliau yakin kerajaan Selangor di bawah Pakatan Harapan (PH) masih kuat kerana mempunyai jumlah majoriti kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita (Selangor) ada tanggungjawab besar sebagai penyumbang kira-kira 20% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.

“Bayangkan jika negeri ini diganggu gugat politiknya dan hilang fokus, bagaimana kita mahu pulihkan kembali ekonomi?” katanya pada sidang media, di sini semalam.

DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dengan PH memiliki 48 kerusi, Barisan Nasional (5), PAS (1) dan Bebas (2).

Amirudin berkata demikian ketika diminta mengulas suhu politik di Selangor selepas negara menyaksikan kerajaan PH di Kedah tumbang pada 12 Mei lepas susulan tindakan 2 Adun keluar PKR dan menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).


MR :  Ni tunggu Azmin buat kerja.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

Loading...
src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjmOGAWcqb41OYCQZaMq2E9qbLYN5wNNPPnqiGYMO0LpsEpUXOif4o9V0V7gXE1M_MhpMhUK24QNGbDtPgVsy1FAFuciQoAcMxaNsKM1R5ln77_4CQvsOV6luxyA6FSBtvvF1weE_FV2c8/s1600/fingo1.gif" width="100%">



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top