Loading...
PUTRAJAYA: Lebih 3,000 orang diperiksa dan 500 ditahan dalam operasi imigresen terhadap pendatang tanpa izin di kawasan perintah kawalan pergerakan diperketatkan di ibu negara.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata seramai 3,352 individu diperiksa dalam operasi di Plaza City One, Malayan Mansion dan kawasan sekitar Masjid India, dan 586 ditahan atas kesalahan imigresen dan dihantar ke depoh tahanan untuk tindakan lanjut.
“Kerajaan tidak pernah mengabaikan kebajikan mereka termasuk dari segi makanan dan kesihatan sepanjang tempoh mereka berada dalam kawasan PKPD dan depoh tahanan,” katanya pada sidang media hari ini.
Ismail berkata status pendatang tanpa izin tidak berubah walaupun semasa perintah kawalan pergerakan, mengingatkan undang-undang berkaitan tiada perbezaan sebelum dan selepas PKP.
“Mereka tetap salah kerana langgar undang-undang, menceroboh masuk dalam negara kita,” katanya.
Ismail berkata pihak yang tidak berpuas hati dengan operasi tersebut wajar berterima kasih, kerana mereka yang ditahan menjalani saringan Covid-19 semasa PKP dan diisytiharkan bersih.
“Bayangkan kalau balik ke tempat tinggal atau negara mereka, tentu bawa penyakit Covid-19 untuk disebarkan kepada keluarga mereka,” katanya.
Beliau juga menepis dakwaan tindakan zalim, mengatakan mereka yang ditahan diberi makan sama seperti orang tempatan semasa PKP.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...