Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Yb Hasnul , Titi Serong Dan Pas Parit Buntar

Loading...

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Saya sebenarnya kasihan kepada YB Hasnul Adun Titi Serong ni. Sudahlah sedih selepas kerajaan PH tumbang di pusat, kemudian koyak teruk pula setelah kerajaan PH Perak bungkus.

2) Saya faham dilema YB Hasnul. Tertekan. Hilang arah tuju. Dunia bagaikan sempit. Kuasa yang ada hilang sekelip mata. Pendapatan bulanan tersontot di tengah jalan. Komitmen pula tak tahulah macamana. Sesiapapun yang adala dalam situasi beliau, akan terkedu.

3) Tetapi keputusan meninggalkan rakan-rakan seperjuangan tanpa apa-apa signal, sangat lah mengejutkan dan mengecewakan rakan-rakan. Tindakan mengumumkan diri menjadi Adun Bebas dan mesra kerajaan PN menyebabkan beliau dipecat daripada AMANAH dan dikecam oleh rakan-rakannya daripada AMANAH dan PH.

4) YB Hasnul terlalu gopoh membuat keputusan untuk quit blok AMANAH. Rakan-rakan beliau yang sama-sama bekerja satu pasukan juga tidak memberi sokongan segera terhadap beliau. Mungkin mereka tidak sangka YB Hasnul selemah itu.

5) Sebenarnya sejak kempen PRU14 lagi saya rasa YB Hasnul ini tak layak lagi untuk menjadi calon, kerana masih mentah. Lawan-lawannya daripada UMNO dan PAS lebih berkaliber. Bagi DUN Titi Serong semasa PRU14, saya anggap ia perlawanan antara Cikgu Atie (BN) dan Ustaz Abu Bakar (PAS), kerana YB Hasnul tidak ada prinsip politik yang kukuh.

6) Kerana, beliau dipilih sebagai calon mewakili AMANAH untuk DUN Titi Serong. Saya agak familiar dengan kawasan Titi Seroang dan Parit Buntar. Jika YB Hasnul itu calon AMANAH, bermakna beliau mungkin pernah datang dari PAS. Tetapi saya tak pernah nampak kelibat beliau dalam mana-mana figure utama PAS Parit Buntar atau Titi Serong.

7) Bermakna, YB Hasnul ini watak yang tetiba sahaja muncul dalam AMANAH dan berjaya 'melobi' untuk menjadi calon. Perwatakan opportunis memang mudah untuk jadi calon. Tetapi prinsipnya tidak kuat. Prinsip beliau mungkin hanya copycat daripada pemimpin-pemimpin AMANAH kawasan sahaja, yakni prinsip menentang PAS dan UMNO sahaja - tanpa keteguhan tarbiyah dan ukhuwwah sesama jemaah.

8 ) Manakala pemimpin-pemimpin AMANAH lain yang asalnya berjuang dalam PAS, mereka mempunyai pendirian dan prinsip yang kuat. Prinsip politik mereka teguh kerana merela melalui jalan tarbiyah dan ukhuwwah dalam PAS, walaupun mereka keluar PAS. YB Hasnul kekurangan perkara ini.

9) Sebab itu tidak mengejutkan saya YB Hasnul membuat keputusan sekelip mata menjadi Adun Bebas tanpa mempeduli prinsip perjuangan, ukhuwah dengan rakan-rakan dan seumpamanya. Pemimpin AMANAH yang lain mungkin terkejut dan kecewa, kerana mereka tidak sangka.

10) Tetapi ada juga beberapa orang AMANAH dulu tak setuju YB Hasnul jadi calon. Mereka membantah, tetapi suara mereka tidak didengari kerana YB Hasnul sudah popular dan populis. Sekarang mereka itu terpaksa memujuk rakan-rakan YB Hasnul yang menangis kecewa dengan tindakan YB Hasnul.

11) Apa yang mereka boleh buat sekarang? Hanya membuat kempen YB Hasbul pengkhianat. Memang pedih dan berdarah hati apabila rakan baik, teman seperjuangan mengkhianati perjuangan. Mereka bertungkus lumus memenangkan YB, mana lah tidak kechewa dengan tindakan YB. Kalau dunia ini tiada undang-undang, tentu YB sudah kena belasah.

12) Kepada orang-orang AMANAH yang menangis dan kechewa dengan tindakan YB Hasnul 'khianat mandat rakyat', begitulah juga dahulu kala orang-orang PAS Parit Buntar yang bekerja keras memenangkan Dr Mujahid, mereka terluka setelah Dr Mujahid menubuhkan AMANAH.

13) Anda yang pernah bekerja sama-sama di pejabat PAS Parit Buntar turut ikut Dr Mujahid join AMANAH, tentu sekali melukakan hati rakan-rakan pejabat tersebut. Apa boleh buat, itulah kitaran hidup orang-orang yang khianat.
Loading...
Back To Top