Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pru 15, Hukumlah Mereka Secukup - Cukupnya !

Loading...
Oleh Mohd Sayuti Omar

Ahli parlimen dan Adun yang meninggalkan parti sehinggakan runtuhnya kerajaan yang disokong sejak 22 bulan lalu tidak perlu dimarah dan dicerca berterusan.

Tidak ada guna mereka dikecam dengan kata-kata nesta sehingga menyerlahkan kebusukan dan peribadi kita sendiri.

Kata-kata dan kecaman itu tidak akan mengubah keadaan. Dan kedudukan mereka sebagai wakil rakyat juga tidak gugur dengan kata-kata dan kecaman itu.

Undang-undang SPR dan perlembagaan negara juga tidak menghalang mereka berbuat demikian. 

Apa yang paling baik ialah tunggu pilihan raya ke 15 kelak.

Disitu hukumlah mereka secukup-cukupnya. Saya sendiri juga ingin lihat apakah rakyat dalam kawasan mereka terus memilih mereka atau sebaliknya seandainya mereka bertanding di situ lagi.

Dua tahun setengah bukan tempoh lama bagi mereka yang sedang menanti hukuman, ia hanya agak lama bagi orang mahu melihat dendam terbalas. Trims.
Loading...
Back To Top