Loading...
HATTA tumbangkan kerajaan Pakatan Harapan Persekutuan dan Johor ialah ia tidak cerdik. Lebih-lebih tidak cerdik yang di Johor. Ialah antara kerajaan negeri PH yang tumbang.
Akan tetapi Perikatan Nasional Johor itu pun ada tidak cerdiknya.
Dalam agihan Exco, kerana cerdik yang berlebihan, diabainya peluang yang wajar diberi kepada PAS. Adun PAS bukanlah ramai di Johor. Terkonteng-konteng seorang diri. Menteri Besarnya yang berpelajaran jurutera patut boleh fikir seorang Adun PAS untuk menjadi Exco.
Tidak kira Adun PAS cerdik politiknya atau tidak, dia adalah satu-satunya dipilih rakyat. Ketika rakyat Johor menolak Umno/BN, Adun PAS itu antara yang lekat di Johor. Orang tolak BN, tapi ada rakyat Johor memuliakan PAS. Jadilah.
21 bulan Umno merempat termasuk di Johor. Tiada siapa peduli Umno. Melainkan mencercanya.
Maka PAS pun mengeluarkan Umno dari belukar pemencilan. Tan Sri Khalid Nordin, Naib Presiden Umno dari Johor, setiap ada peluang nescaya berunding dengan Ustas Idris Ahmad, Naib Presiden PAS, mencari jalan bagaimana Umno dan PAS boleh mengembalikan kerajaan pemerintahan Melayu/Islam.
Asal ada peluang Datuk Zahid Hamidi akan berceramah sepentas di mana sahaja di negara ini. Ketika PRK Tanjung Piai TG Haji Hadi mengadakan ceramah paling besar untuk BN. Tujuannya tiada lain hendak memenangkan semula Melayu/Islam.
Di PRK itu terbela Umno. Zahid Hamidi dan Khalid Nordin tidak perlu bagi tahu apa Umno Johor patut buat demi harmoni ta’awun Muafakat Nasional di Johor. MB jurutera patut berfikir sendiri bagaimana muhibbah dua parti terbesar Melayu itu boleh dijalin terus hingga 100 tahun lagi.
Patut cerdik sikit, kaji apa kekuatan dan kelemahan Al-Marhum Tan Sri Othman Saad semasa muafakat PAS-Umno zaman Tun Razak 40 tahun lalu. Jika muafakat itu tidak rosak, BN tidak tumbang Mei 2018 dahulu.
Kerajaan Johor yang baharu cukup Exco untuk harungi hingga PRU15 nanti. Ajal kerajaan Pusat tidak diketahui, tetapi komposisi PN Johor adalah stabil. Jika diberi satu pada PAS, Umno akan terus kuat.
PAS tidak luak jika tidak diberi apa-apa. Dari kosong semasa BN berkuasa, ia pernah lebih dari sekali beroleh sokongan di Johor. PN Johor tidak beri apa-apa pun PAS akan sabar dan tahan uji bersama Perikatan Nasional Malaysia. Tetapi orang Melayu seluruh dunia akan bertanya bagaimana Umno Johor tidak cerdik, pada masa orang Melayu merayakan kejayaan berta’awunnya, ia pinggirkan PAS seperti kesombongannya dahulu juga.
Apa yang terjadi di Johor itu benda kecil dalam cabaran orang Melayu dan Islam untuk memperkasa semula kewujudannya. Cuma orang melihat bahawa MB Johr yang baharu ini berfikiran kecil dan kurang cerdik.
Usah pedulikan yang tidak cerdik itu. Keutamaan kita ia terhadap yang berfikiran besar. Bangsa Melayu tidak ditentukan oleh yang berfikiran kecil tetapi oleh yang panjang fikirannya.
Hal yang terjadi di Johor itu, MBnya boleh fikir sendiri, tidak perlu nasihat Sultan dan Majlis Tertinggi Umno.
MR : Exco mesti melambangkan gabungan.. lihat MIC satu pun dapat menteri takkan ini pun puak UMNO nak kena ajar
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...