Loading...
Oleh Zin Mahmud
Walaupun kerajaan Perikatan Nasional sudah selamat ditubuhkan dan memulakan kerja tetapi perkembangan-perkembangan sepanjang minggu lalu menunjukkan penjajaran semula politik negara belum muktamad.
Wajah politik negara masih tidak boleh digambarkan sebagai Pakatan Harapan lawan Perikatan Nasional. Ini kerana bukan saja Perikatan Nasional masih rapuh dengan identiti yang tidak padu, tetapi Pakatan Harapan masih juga belum tetap platformnya.
Parti yang menyebabkan keadaan ini adalah PPBM. Tetapi Umno juga masih tidak berpendirian jelas.
Sementara itu PKR juga belum mantap kerana proses pemecahannya tidak berjalan lancar. Hanya DAP dan Amanah berada dalam kedudukan jelas. DAP bagaimanapun dipercayai tidak akan dapat meraih undi sebanyak yang ia perolehi seperti semasa pilihan raya umum ke-14. Antara yang menyumbang pada undi mereka dalam PRU lalu datang daripada penyokong Dr Mahathir Mohamad. Kedudukan Amanah pula dalam keadaan kabur.
PPBM yang berpecah 2, iaitu antara kumpulan penyokong Mahathir dan Presiden Muhyiddin Yassin akan hanya dapat diselesaikan selepas berlaku pertandingan antara kedua-dua pihak.
Dengan kedudukan begini, PPBM dianggap sudah tidak dapat menganggotai Pakatan Harapan.
Walaupun Mahathir ada kata bahawa bentuk politik fraksi, iaitu sebahagiannya berada di pihak kerajaan, dan bahagian lainnya pula berada pada pembangkang adalah suatu yang mungkin dalam sistem demokrasi berparlimen. Beliau mengambil Jepun sebagai contoh. Tetapi Malaysia yang tidak pernah melalui keadaan ini tentu menganggapnya sebagai suatu yang asing.
Bagi PH kelihatannya, mereka mahu PPBM menyelesaikan kontradiksi politik dalamannya sebelum diterima semula. DAP dan Amanah masih bersedia menerima PPBM dengan pimpinan Mahathir. Tetapi di pihak PKR, dapat dirasakan mereka mahu Pakatan Harapan kembali pada 3 serangkai iaitu bersama DAP dan Amanah, tanpa PPBM.
DAP dan Amanah juga tidak bermasalah untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai pemimpin utama mereka. Tetapi dalam kalangan PPBM pula, dapat dirasakan mereka tidak dapat menerima Anwar. Bukan saja PPBM dalam PN tidak dapat menerima Anwar, malah penyokong Mahathir juga dirasakan bersikap demikian. Mahathir sendiri dalam kesediaannya untuk terus berada di pihak PH, tetapi keberatan untuk menerima Anwar sebagai timbalannya.
Dalam keadaan ini sukar untuk Mahathir kembali memimpin PH. Banyak kalangan penyokong PH yang begitu marah dengan kejatuhan kerajaan mereka dengan melihat Mahathir sebagai puncanya.
Mereka dirasakan mahu PH untuk pandang ke hadapan dan tinggalkan Mahathir serta PPBM.
Beginilah suasana politik walaupun ada antara mereka tidak teruja untuk berada bawah kepimpinan Anwar, iaitu sebahagian dalam DAP dan Amanah.
Tetapi untuk PPBM sepenuhnya menyertai PN juga sesuatu yang sukar. Muhyiddin kelihatan mahu berbaik-baik dengan Mahathir. Pihaknya kelihatan sedia menerima beliau dan penyokongnya. Begitu juga dengan Azmin Ali dan penyokong-penyokongnya. Mereka tiada masalah dengan Mahathir. Apa yang penting, Mahathir wajar bersama dengan PN.
Namun Mahathir bertegas tidak mahu bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin Umno yang terlibat dengan rasuah. Dalam hal ini, Muhyiddin boleh menunjukkan kerajaannya tidak disertai oleh Najib Razak, Zahid Hamidi dan Tengku Adnan Mansor. Walaupun kedua-duanya memberi sokongan pada Muhyiddin dan PN.
Dalam hal ini, adalah suatu yang bermakna bahaw Umno sendiri menegaskan kerajaan PN ini bukanlah kerajaan gabungan parti Umno, PAS, MCA, MIC dan GPS, tetapi ia kerajaan ahli-ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin. Maka tidak sewajarnya Mahathir dan penyokongnya dalam PPBM menolak kerajaan PN.
Untuk itu, Umno sendiri menukar setiausaha agungnya, Annuar Musa dengan Ahmad Maslan. Annuar anggota Kabinet. Dengan menjadikan Annuar bukan sebagai sebahagian daripada pucuk pimpinan Umno, ia menunjukkan parti itu bukan anggota kerajaan PN. Yang menjadi anggota kerajaan dari Umno hanyalah dalam kapasiti ahli Parlimen.
Maka PN mempunyai kedudukan lebih rapuh daripada PH. Ia tidak memiliki struktur seperti majlis presiden dalam PH. Sungguhpun begitu, hanya Umno bersikap demikian. PAS, MCA dan MIC menyertai kerajaan itu sebagai parti. GPS pula berpendirian berbeza. Ia menganggap dirinya menyertai kerajaan PN tetapi tidak bukan anggota gabungan itu sendiri. Batu penghalangnya adalah hadirnya PAS dalam kerajaan itu.
Penjarakkan politik (political distancing) Umno terhadap PN mampu membawa Mahathir dan penyokongnya dalam PPBM untuk berbaik dengan Muhyiddin. Jika keadaan ini berlaku, PPBM tidak lagi berpecah dan penjajaran politik menjadi jelas.
Maka persaingan politik juga lebih mudah. Lebih-lebih lagi Mahathir menjadi ketua pada PN. Maka pertembungan adalah dengan PH yang diketuai oleh Anwar.
Tidakkah itu yang merupakan senario yang terlahir daripada Langkah Sheraton? Mahathir menjadi perdana menteri kerajaan PN yang disokong oleh PPBN, kumpulan Azmin, Umno, MCA, MIC, GPS dan Warisan. Jika Mahathir menyertai PN, maka Warisan tidak akan ketinggalan.
Namun begitu ada 4 masalah dengan senario ini. Sebab itu Mahathir tidak terus menyertai Langkah Sheraton pada detik-detik kritikal dahulu. Masalahnya terletak pada soal mandat rakyat.
Sebab itu ketika Mahathir menjadi perdana menteri interim, beliau bercakap mengenai kerajaan perpaduan, yang merangkumi bukan saja BN, PAS, GPS dan Warisan tetapi juga PH. Konsep kerajaan perpaduan tetap memberi laluan pada mandat rakyat. Maknanya parti-parti yang memenangi pilihan raya iaitu PPBM, PKR, DAP, Amanah dan Warisan tetap mendapat tempat. Pihak yang tidak mendapat tempat ialah pemimpin-pemimpin Umno yang tiada integriti. Inilah gagasan asal Pakatan Nasional dan bukannya Perikatan Nasional sekarang ini. Pakatan Nasional seharusnya merangkumi PH.
Ini kerana mandat rakyat pada PRU ke-14 lalu ialah penolakan terhadap kleptokrasi yang diwakili oleh Najib. Mandat rakyat juga mendokong Mahathir sebagai perdana menteri, bukannya Muhyiddin. Rakyat memilih PH dan bukannya Perikatan Nasional walaupun setelah hampir 2 tahun, tentu ada pengundi yaang berasa kecewa.
Umno nampak soal mandat rakyat ini. Walaupun mereka merupakan parti terbesar dalam PN tetapi mandat rakyat PRU ke-14 tidak ada pada mereka. Sebab itu dari awal lagi mereka menyebut mengenai pembubaran Parlimen. Melalui pilihan raya umum, mereka yakin mampu mendapat mandat rakyat. Iaitu selepas hampir 2 tahun menampilkan pendekatan kaum dan agama.
Sebab itu, ada pemimpin mereka yang menyebut penyertaan ahli-ahli parlimen Umno ke dalam kerajaan PN untuk menyelamatkan negara setelah kerajaan PH tumbang ekoran peletakan jawatan Mahathir dan keluarnya PPBM daripada gabungan itu. Selepas wabak Covid-19, mereka mengharapkan PRU ke-15 diadakan bagi memperbaharui mandat rakyat.
Tetapi rakyat pada umumnya kecewa dengan perkembangan politik ini. Lebih-lebih lagi ia dilakukan ketika negara sedang menghadapi ancaman Covid-19 dalam suasana ekonomi yang sedang dibaiki.
Kabinet PH yang sedang menumpukan perhatian terhadap krisis ini tiba-tiba hilang jawatan kerana sebahagian ahli Parlimen mereka melompat keluar. Ia merupakan suatu tindakan tidak bertanggungjawab terhadap negara. Selepas mereka menumbangkan kerajaan, mereka pula mendakwa mahu menyelamatkan negara.