Loading...
Oleh
HARI ini hari pertama kita berdepan perintah kawalan pergerakan bagi mengawal pandemik Covid 19. Perintah ini berlanjutan selama 14 hari hingga 31 Mac.
Anda sudah tahu semuanya mengenai perintah ini. Sudah bertaburan maklumat dan berita mengenainya.
Bagaimanapun sebahagian m
asyarakat tetap nanar. Sekali pun sudah dijelaskan melalui sumber rasmi, spekulasi dan berita palsu tetap meluas berbanding maklumat yang benar.
Anehnya, ramai yang lebih komited terhadap spekulasi dan cerita pembohongan berbanding merujuk pada sumber berita yang bertanggungjawab.
Sejak pagi Isnin, masyarakat jadi nanar dengan trending #malaysialockdown. Seterusnya menyebabkan pembelian panik keperluan makanan.
Masyarakat percaya akan ada darurat perintah berkurung.
Walaupun pihak polis segera bertindak mengeluarkan kenyataan memburu penyebar #malaysialockdown, hashtag panik itu tetap menular.
Masyarakat yang panik lebih percaya kepada berita panik.
Apa yang perlu anda lakukan untuk menangani diri daripada menjadi mangsa pembulian spekulasi?
Senang. Terimalah hakikat IQ anda rendah dan akan sentiasa terdedah pada pembulian spekulasi dan sumber palsu.
Ketika jutaan rakyat Malaysia panik, Facebook, Alphabet Inc’s Google, Microsoft Corp, Twitter Inc dan Reddit bekerja keras mengawal berita palsu mengenai Covid-19 di seluruh dunia.
Namun, setakat ini – di Malaysia – belum nampak kesan. Pemalsu maklumat dan penyebar kebimbangan masih bermaharajalela.
“Kami membantu jutaan individu untuk kekal berhubung dan dalam masa sama berusaha membanteras maklumat palsu yang disebarkan mengenai virus itu dengan meningkatkan kandungan berwibawa di platform kami dan berkongsi maklumat penting dalam penyelarasan dengan agensi penjagaan kesihatan kerajaan di seluruh dunia,” menurut kenyataan bersama syarikat yang dikeluarkan pada Isnin.
Tingkatkan IQ anda
Tingkatkan IQ anda agar tidak dibuli. Pastikan IQ anda matang dan mahir menilai maklumat.
Mulakan sekarang.
Pertama, jadikan 14 hari tempoh perintah kawalan pergerakan ini sebagai waktu untuk membaca di rumah.
Utamakan bahan bacaan yang mampu meningkatkan IQ. Jangan habiskan masa dengan bahan popular dan membaca gosip artis. Bacalah benda yang sesuai bagi mengatasi masalah IQ anda.
Mulakan perpustakaan kecil di rumah
Media sosial selalunya akan menyeret anda bergelumang dengan penggosip cap ayam. Budaya IQ rendah ini meluas di media sosial dan anehnya ia kekal popular.
Pengguna media sosial lebih gemar berada dalam persekitaran “adrenalin dibuak rasa takut”.
Mengapa?
Jawabnya mudah: media sosial meraikan budaya cakap lepas yang tidak memerlukan IQ.
Abaikan kebergantungan hidup pada media sosial. Apa lagi ketika berdepan keadaan serius yang memerlukan anda menjarakkan diri daripada penggosip dan spekulator digital.
Secara kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama enam jam di atas talian dengan komited selama tiga jam sehari di media sosial.
Sebanyak 80% rakyat Malaysia adalah warga maya. Terdapat 28 juta pengikut Facebook dan 11 juga pengguna Instagram. Angka yang menjadikan Malaysia antara “negara maju maya”.
Pemula budaya baharu
Mulai sekarang, dalam tempoh bertenang selama 14 hari ini - mulakan budaya perpustakaan di rumah anda. Ikuti budaya IQ yang dibangunkan Khalifah Harun Al Rasyid.
Harun Al Rasyid (766-809) ialah Khalifah Kelima Bani Abbasiyah. Si pintar ini bergelar khalifah pada tahun 786 Masehi ketika berusia 20 tahun.
Selepas empat khalifah Urasyiddin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali), nama Harun Al Rasyid dianggap khalifah paling hebat dalam sejarah Islam.
Harun Al Rasyid ialah khalifah yang memulakan sejarah perpustakaan dalam empayar Islam.
Anak kelahiran al Rayy (Iran) ini bertangungungjawab dalam membangunkan dunia cendekiawan.
Peluasan ilmu dalam konsep perpustakaan awam Baitul Hikmah berjaya melahirkan para cendekia Islam yang mempengaruhi peradaban dan tamadun dunia.
Antaranya Al Biruni, Ibnu Batuta, Al Farabi, Al Khawarizmi, Al Khindi, Ibnu Haitam, Ibnu Sina dan Al Ghazali.
Khalifah Harun Al Rasyid meneruskan amalan Rasulullah SAW dalam membina tamadun ilmu sebagai teras peradaban Islam.
Harun Al Rasyid yakin, kekuatan Islam pada era dakwahnya wajar berkembang dengan meluaskan budaya keilmuan – penulisan dan pembacaan.
Atas kesedaran itu, khalifah hebat ini membina perpustakaan Baitul Hikmah di Baghdad pada abad kelapan.
Malaysia yang mundur membaca
Ketika minat membaca rakyat Malaysia hanya sekitar 1.7 muka surat sehari - serta gangguan mentaliti akibat pengaruh gosip dan sensasi media sosial – pengukuhan budaya membaca adalah pilihan terbaik.
Negarawan hebat seperti Dr Mahathir Mohamad tetap aktif membaca pada usia 90-an.
Pada Disember 2018, Dr Mahathir berkongsi di Instagram mengenai cuti pendek hujung tahun yang digunakan untuk membaca.
Dr Mahathir membaca novel best seller “A Street Cat Name Bob” karya James Bowen. Ia mengejutkan. Manakan tidak – negarawan yang sibuk mentadbir negara masih berusaha meluangkan masa membaca.
Malah, memilih buku biografi yang unik. Kisah seekor kucing jalanan yang mengubah kehidupan seorang penagih dadah dan pemuzik gelandangan.
Bila kali terakhir anda membaca buku berkualiti?
Paling tidak buku yang anda fikir berjaya meningkatkan IQ dan memberikan pengalaman pembacaan yang berguna.
Pasti ada – cuma barangkali hanya sebuah dua?
Tidak mengapa, jadikan cuti perintah kawalan pergerakan ini sebagai detik terbaik mengasing diri bersama keluarga dan memulakan budaya membaca di rumah.
Cerdikkan IQ. Kalau tidak, jenuh anda akan dibuli dalam persekitaran gosip sensasi media sosial.
IQ anda tidak akan meningkat dengan yang sumber maklumat cap ayam.
Anda pasti tidak mahu menjadi orang bodoh di media sosial.
Ayuh, segera tingkatkan IQ anda. Mulakan sekarang. Jadikan perintah kawalan pergerakan ini sebagai detik meraikan pustaka minda melalui budaya membaca.
* Zainal Rashid Ahmad ialah wartawan dan penulis sastera yang telah menghasilkan antaranya novel Hikayat Tanah Jauh (2015) dan kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014), Magis Kota (2016), Pop Urban (2017), dan kumpulan puisi Sepi Itu Mati (2016) dan Orang Sepi Pergi ke Gurun (2018). Beliau memenangi 38 hadiah sastera.