Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ucapan Maaf Dan Penghargaan Kepada Petani, Penternak Dan Nelayan

Loading...





Kepada semua petani, penternak dan nelayan yang sangat saya kasihi, saya ingin memohon maaf kerana saya telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan untuk memperjuangkan nasib anda semua.

Setakat ini sahaja hayat saya di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan saya mendoakan semoga nasib anda semua akan terus berubah di bawah kepimpinan MOA yang baharu nanti.

Saya telah menghabiskan sepanjang hayat saya di MOA untuk memperjuangkan nasib petani, penternak dan nelayan. Sekiranya saya masih gagal, saya sekali lagi memohon sepenuhnya kemaafan anda semua.

Saya mendoakan masa depan yang lebih baik untuk anda semua dan saya akan terus memperjuangkan nasib anda walaupun tidak lagi bersama kerajaan.

SALAHUDDIN AYUB
TIMBALAN PRESIDEN
PARTI AMANAH NEGARA
24 FEBRUARI 2020
Loading...
Back To Top