Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Daging kelawar makin laris dijual di Indonesia

Loading...
TOMOHON,  — Walaupun wabak virus korona (Covid-19) makin merebak, namun penjualan daging kelawar tetap berjalan seperti biasa di Pasar Ekstrim di sini.

Malah seorang peniaga berkata hasil jualan mereka semakin laris termasuk didatangi ramai pelancong asing, lapor AFP.

Stenly Timbuleng, juga penduduk situ berkata, beliau menjual kelawar dengan harga 60,000 rupiah (RM18.20) sekilogram.

“Saya jual sekitar 40 hingga 60 kilogram setiap hari,” kata lelaki berusia 45 tahun itu.
“Virus tersebut tidak memberi kesan kepada perniagaan saya. Orang ramai juga tetap datang.”
Sehingga kini, tiada sebarang kes Covid-19 dilapor berlaku di Indonesia berbanding negara jiran mereka.

Sebab itu walaupun kerajaan dan agensi kesihatan menggesa penjualan kelawar dan hidupan liar lain dihentikan, tetapi desakan tersebut tidak diendahkan.

Sementara itu di Jakarta, peniaga yang menjual kulit ular dan darah ular tedung juga masih berniaga seperti biasa.

“Benda ini baik untuk anda,” kata salah seorang peniaga.

“Menyembuh dan menghalang semua penyakit.”
Loading...
Back To Top