Loading...
PUTRAJAYA: Presiden PKR, Anwar Ibrahim bersama beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan muncul di Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini, tetapi gagal menemui Dr Mahathir Mohamad.
Anwar bersama isterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail, tiba di PMO pada 9.36 pagi tadi.
Turut hadir ialah Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Presiden Amanah merangkap Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Bagaimanapun, mereka berempat dilihat meninggalkan PMO pada 10.26 pagi, manakala Menteri Belia dan Sukan yang juga ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman keluar pada 10.21 pagi.
“Mereka kini ke rumah Mahathir,” kata pembantu seorang menteri kepada FMT.
Perdana menteri dijadual mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Negara pada 11 pagi ini.
Tetapi, difahamkan semua mesyuarat membabitkan Mahathir sudah dibatalkan hari ini.
Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara petang ini.
Semalam, pemimpin PPBM, PAS, Umno dan mereka yang bersekutu dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya susulan spekulasi hangat mengatakan penyusunan baru politik akan berlaku.
Pada masa sama, penyokong Anwar pula mengadakan majlis solat hajat dan doa selamat di rumahnya di Bukit Segambut, di mana beliau mengutuk cubaan untuk mengkhianati Pakatan Harapan.
KOMEN : Cilake Atuk main sorok-sorak, Anwar mana ada masa untuk pening!!
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...