Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ahli Agama harus jadi pendamai kumpulan berbalah

Loading...
Oleh Amni Jagat

Ahli agama atau agamawan perlu memainkan peranan penyatuan bukan menambahkan lagi api permusuhan di antara sesama manusia. kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Norhayati Bachok.

Norhayati berkata, agama Islam menuntut manusia untuk mencari kedamaian bukan perbalahan yang akan memecah belahkan sesama manusia

“Ahli agama kena berani menegakkan hujah bahawa tuntutan dalam agama Islam adalah kesatuan dan keamanan bukan sebaliknya.

“Ini boleh digambarkan dengan toleransi junjungan Nabi Muhammad SAW yang mempunyai kepintaran menangani sesuatu isu yang membabitkan soal berlainan agama, kaum dan latar belakang tradisi mereka.

“Saya akui wujud ahli agama yang sengaja menambah api perpisahan dengan menyebutnya dalam kuliah dan ceramah yang disampaikan,” ujarnya ketika dihubungi.

Beliau diminta mengulas kenyataan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, hari ini dipetik  laporan Sinar Harian, berkata, negara amat memerlukan suasana aman dan harmoni.

Bagaimanapun akhir-akhir ini ujarnya Dr Wan Salim, kelihatan hubungan antara kaum di agak tegang disebabkan sentimen taksub kepada bangsa dan agama yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab.

Mengulas lanjut Noraini yang juga Ketua Awan Johor berpandangan terdapat unsur perpecahan yang dilakukan hanya semata-mata atas dasar kepentingan peribadi.

Selain itu ujarnya, orang awam juga berhak untuk melaporkan perkara tersebut kepada pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ) untuk mengambil tindakan lanjut sekiranya wujud di kalangan agamawan yang bertindak sedemikian.

“Terkadang sifat taksub ini sengaja diwujudkan bertujuan untuk meraih sokongan ramai pihak bagi kepentingan politik, kumpulan mahu pun individu.

“Orang awam perlu melaporkan perkara tersebut agar perkara ini dapat dibendung dengan segera dari terus menular sehingga menjadi barah yang lebih berbahaya,” jelasnya lagi.

Beliau turut menyatakan bahawa toleransi amatlah penting dan negara mempunyai undang-undang untuk menangani sesuatu isu bukan dengan tindakan sendiri yang akan membahayakan keadaan serta mengganggu ketenteraman di negara ini.ah/
Loading...
Back To Top