Loading...
Kementerian Sumber Manusia (KSM) ingin memberi maklumbalas berkenaan artikel dalam ruangan Opinion Free Malaysia Today (FMT) Jumaat, 3 Januari – How much is a migrant worker’s life worth?.
KSM merakamkan ucapan terima kasih kepada penulis dan semua pihak atas keprihatinan, pandangan dan cadangan berterusan untuk mempertingkatkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).
Merujuk kepada insiden yang menimpa pekerja warga Nepal di kilang memproses daging di Alor Gajah, Melaka dan insiden di tapak pembinaan yang melibatkan pekerja warga Bangladesh, dimaklumkan kes berkenaan kini dalam siasatan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).
Siasatan menjurus kepada pengenalpastian sebab utama serta melihat sama ada majikan melaksanakan kewajipan mereka yang termaktub bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) dan Akta Kilang dan Jentera 1967 (AKJ 1967).
Siasatan dilakukan secara telus dan menyeluruh tanpa mengira kewarganegaraan pekerja terbabit. Kedua-dua akta tersebut memberi perlindungan yang sama rata kepada pekerja tempatan dan pekerja warga asing. Jika terdapat bukti yang kukuh, kes akan dibawa ke muka pengadilan setelah mendapat izin pegawai undang-undang JKKP.
Berdasarkan statistik JKKP, pada 2017 terdapat 711 kes kemalangan maut pekerjaan dan bilangan ini menurun kepada 611 kes pada 2018. Kemalangan maut ini kombinasi pekerja tempatan dan juga pekerja warga asing. Bagi tempoh yang sama, kadar kemalangan maut pekerjaan negara menurun sebanyak 15.5% daripada 4.90 bagi setiap 100,000 pekerja kepada 4.14 bagi setiap 100,000 pekerja.
Rekod JKKP juga menunjukkan pada 2018 sebanyak 23 warga Nepal terlibat dengan kemalangan maut sewaktu bekerja. Sehubungan dengan itu, kenyataan berlaku 1 kemalangan maut warga Nepal setiap hari di tempat kerja pada 2018 tidak tepat.
Bagi memantapkan tahap KKP, kerajaan, melalui JKKP memperkenalkan pelbagai program intervensi, bimbingan dan galakan selain menjalankan penguatkuasaan yang merupakan aktiviti utama. Pelbagai model dan kaedah penguatkuasaan telah, sedang dan akan diperkenalkan bagi meningkatkan keberkesanan pematuhan dalam kalangan majikan dan pekerja terhadap kehendak perundangan KKP.
Pelan Strategik KKP 2015-2020 yang mengandungi 23 program dan 70 aktiviti KKP akan terus dilaksanakan pada 2020 dan ianya akan diganti dengan Pelan Strategik KKP 2021-2025 bermula 2021.
Program dan aktiviti tersebut merangkumi semua sektor pekerjaan, termasuklah sektor pekerjaan yang dianggap sebagai 3D (dirty, dangerous and difficult). Semua usaha ini akan menjadi kurang bermanfaat jika majikan dan pekerja tidak memberi kerjasama sepenuhnya. Oleh itu, peranan majikan dan pekerja sangat penting bagi memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.
Bagi aktiviti penguatkuasaan pula, JKKP melaksanakan pendekatan “Strict Enforcement” dan “Zero Corruption”. Jadual berikut memaparkan tindakan punitif yang dilaksanakan oleh JKKP ke atas majikan yang tidak mematuhi peruntukan AKKP 1994 dan AKJ 1967.
Pada 2017, JKKP mengeluarkan sebanyak 288 pendakwaan, 801 kompaun, 12,714 Notis Pembaikan, 10,292 Notis Larangan dan 34,773 Surat Arahan. Manakala pada 2018 menunjukkan peningkatan salah laku majikan apabila sebanyak 318 pendakwaan, 945 kompaun, 14,358 Notis Pembaikan, 12,666 Notis Larangan dan sebanyak 42,389 Surat Arahan dikeluarkan.
Walau bagaimanapun sehingga November bagi 2019 terdapat penurunan ke atas Tindakan Punitif oleh JKKP apabila sebanyak 399 pendakwaan, 1,355 kompaun, 14,200 Notis Pembaikan, 11,629 Notis Larangan dan 42,005 Surat Arahan dikeluarkan oleh JKKP.
Malaysia meratifikasi Konvensyen ILO C187 – Promotional Framework for Occupational Safety and Health, dan mempunyai Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (DKKPN). Ini
membuktikan komitmen tinggi kepimpinan negara, majikan dan pekerja di negara ini untuk bersama-sama memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di semua sektor sentiasa terpelihara tanpa mengira latar belakang dan taraf kewarganegaraan pekerja.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah sebuah jabatan bawah Kementerian Sumber Manusia.