Loading...
PETALING JAYA: Biodiesel B20, bahan api dengan campuran 20% metil ester sawit dan 80% diesel petroleum mula diperkenalkan di Pulau Langkawi sejak 1 Jan lalu.
Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata Stesen Minyak Kampung Tok Senik menjadi stesen minyak pertama di Malaysia yang menjual biodiesel B20.
“Pulau Labuan akan menjadi destinasi ke-2 untuk program biodiesel B20 yang turut akan dilaksanakan pada Januari ini.
“Seterusnya, program biodiesel B20 akan dilaksanakan secara berperingkat-ringkat ke Sarawak, Sabah dan akhirnya keseluruhan Semenanjung,” katanya dalam satu kenyataan.
Tahun lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa industri minyak sawit tempatan mengikut jejak negara lain yang sudah menggunakan biodiesel B20 seperti Indonesia.
Program Biodiesel B20 akan menggantikan Biodiesel B10 secara berfasa sehingga pelaksanaannya dicapai sepenuhnya di negara ini.
Tujuan utama penggunaan Biodiesel B20 adalah bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah kaca dan seterusnya menjadikan negara lebih bersih dan lestari.
Teresa berkata Kementerian Kewangan juga bersetuju untuk mengekalkan harga runcit biodiesel B20 setara dengan harga semasa biodiesel B10 iaitu RM2.18 seliter.
“Ini bermakna, pengguna akan dapat menikmati bahan api kenderaan yang lebih bersih pada kadar harga runcit yang sama.