Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Perpada-padalah! Talk is cheap!

Loading...
Oleh Jamzuri Ardani

Dulu masa dalam PAS, geng walaun marah sangat dengan Mat Sabu sebab depa kata kononnya Mat Sabu cuma berdiam diri ketika Presiden PAS kena hentam.

Kononnya, Mat Sabu tak walak sebab Mat Sabu diam. Padahal tidak pernah sekalipun Mat Sabu menghentam atau menyerang presiden partinya sendiri waktu itu. Kesalahannya ialah kerana dia diam.

Sekarang ada pulak segelintir penyokong PH yang hentam Mat Sabu kerana kononnya Mat Sabu diam tak berani lawan Tun M. Sekali lagi, kesalahannya hanyalah kerana dia diam. 

Sebenarnya, Mat Sabu yang saya kenal ialah beliau seorang manusia yang sangat berani bersuara menentang kezaliman dan salah laku, tetapi pada masa yang sama mempunyai semangat setia kawan yang tinggi.

Beliau tidak takut dikritik dan mengkritik. Pada masa yang sama sangat mementingkan keharmonian dalam rakan sepasukan. He is a good team player.

Dia berlawan bila ada sebab. Tapi dia berkawan tanpa perlu sebab.

Dia bersuara bila perlu. Dia diam sebab dia tahu. Dia tanya untuk tahu. Dia jawab untuk beri tahu.

Mungkin ada yang suka, mungkin ada yang marah. Tapi satu perkara yang jelas ... dia adalah seorang pemimpin yang tiada kepentingan diri.

 Dia tidak mengharap sanjungan dan pujian. Dia tidak membina kekayaan peribadi dan keluarga. Dia juga tidak pandai berpura-pura.

Anaknya ditahan dan didakwa, dia langsung tidak masuk campur. Bukan macam orang itu, tak cukup orang dalam negara ... pemimpin luar negara pun dihubungi untuk tutup jenayah ahli keluarganya.

Itu Mat Sabu yang saya kenal. With Mat Sabu, what you see is what you get. No waxing!

Orang yang menghentam dia, tidak pernah pun melalui getir dan sukar hidup yang pernah beliau lalui.

Orang yang menghentam dia, belum pun berkorban seperti dia. Orang yang menghentam dia, belum tentu mampu menahan diri kiranya berada di posisi dia.

Perpada-padalah! Talk is cheap!
Loading...
Back To Top