Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
Isu jawi dah jadi macam isu hudud. Ada pihak yang mahu pelaksanaan jawi termasuk di SJKC dan SJKT berlaku secara mandatori.
Pihak ini terdiri daripada beberapa individu dan NGO ultra Melayu. Bagi

Loading...
mereka, apa jadi pun, pelaksanaan jawi mesti diteruskan.
Sementara pihak yang menentang pelaksanaannya, jika individu batalkan kewarganegaraannya. Jika persatuan, haramkan persatuan itu.
Ada pihak pula berpandangan, tidak ada salahnya pelaksanaan jawi. Cuma pendekatan pelaksanaannya kurang tepat, sama ada masa yang kurang sesuai atau infrastruktur yang belum tersedia dengan baik.
Betul. Banyak pihak belum faham tentang kedudukan jawi dalam sistem pendidikan kita, sama seperti banyak pihak belum faham tentang kedudukan hudud dalam sistem undang-undang dan perlembagaan kita.
Saya bukan mahu qiaskan jawi dengan hudud. Saya cuma berfikir, apalah maknanya pelaksanaan jawi yang hanya tulisan warisan jika masyarakat bertelagah dan menimbulkan pergeseran kaum?
Demikian juga, apalah maknanya pelaksanaan hudud jika tangan orang miskin yang tidak ada makanan dipotong padahal tangan orang berkuasa yang tandatangan cek untuk curi duit negara terlepas.