Oleh Ismail Hashim Yahaya
Ramai penganalisis meramalkan pembunuhan komander keselamatan dan perisikan Iran, Jeneral Qassem Soleimani, bakal mendorong ke arah perang konvensional terbuka dengan Iran atau mungkin Perang Dunia Ketiga (WWIII).
Namun tidak bagi saya. Tindakan Amerika Syarikat (AS) itu pada saya lebih dilihat sebagai suatu bentuk perang hegemoni antara AS dan Iran. Puncanya kejayaan Soleimani meroboh dan merungkaikan pengaruh AS di Syria, Iraq dan Lubnan.
Dalam perang saudara di Syria misalnya, Soleimani membekalkan tentera bantuan (upahan) kepada rejim Assad ketika awal kebangkitan rakyat Syria pada 2011. Beliau antara penggerak utama rejim Assad dengan strategi peperangan yang berjaya membendung serangan militan IS dan Nusrat, yang berada di bawah bayangan AS.
Soleimani juga bertanggungjawab membekalkan rejim Assad dengan senjata dari Iran, memberikan bantuan pasukan ketenteraan di medan secara logistik serta dana kewangan pada 2012.
Di Iraq dan Syria, Soleimani turut membantu rejim Iraq dengan secara langsung membawa Pasukan Pengawal Revolusi Tentera Iran (IRGC), Hezbollah dan militia Syiah ke dalam politik Iraq dan Syria. Beliau juga menggempur IS dan Nusrat di beberapa tempat seperti Latakia, Homs dan Aleppo dan beberapa kota lain.
Soleimani antara tokoh penting membawa masuk lebih 70,000 militia dari Iran, Iraq, Afghanistan, Tajikistan, Lubnan dan Pakistan untuk memadamkan ketidakstabilan Syria. Tidak hairanlah penganalisis serantau beranggapan Soleimani sebagai pemimpin kedua berkuasa di Iran, selepas pemimpin tertingginya, Ayatollah Ali Khamenei. Hinggakan ada berpandangan beliau boleh menggantikan Dr Hassan Rouhani sebagai Presiden Iran.
Yang jelas, Soleimani mengucar-ngacirkan strategi AS ke atas tiga negara terbabit dan melunturkan hegemoni serta geopolitik Washington.
Walaupun cara Soleimani berkecenderungan kekerasan, ia membentuk kuasa hegemoni dari segi sokongan kepada kuasa serantau yang membebaskan Asia Barat daripada imperialis AS.
Hegemoni dilihat sebagai pertarungan kuasa dari segi idea, kekuatan simbolik dan unsur budaya, termasuk agama yang dapat mempengaruhi hasrat dan tingkah laku untuk bersatu menentang sang imperialis, penguasa, aparat atau regim
Loading...
berkuasa.
Prinsip hegemoni beroperasi dalam teater persaingan - siapa yang lebih berpengaruh. Kadang-kadang prinsip anutan, contohnya agama boleh menjadi prinsip persaingan dari segi misalnya kuasa AS sebagai imperialis yang menjajah dan semangat keagamaan Islam serta mazhab Syiah yang bangkit menentang bukan sahaja dari segi kekerasan, tetapi dari segi simbolik budaya dan idea.
Penciptaan hegemoni politik, iaitu AS sebagai kuasa penjajah, akan mengundang kebangkitan dalam masyarakat madani seperti di Iraq, Syria dan Lubnan, untuk mempertahankan tanah air dan idea serta perjuangan budaya. Ia akan membawa kepada kebangkitan massa menentang kehadiran tentera AS di Iraq.
Itu yang membawa tindakan Presiden AS, Donald Trump ke atas Soleimani. Motifnya agar segala usaha dilakukan Soleimani akan terencat, lantas hegemoni AS dapat dikekalkan.
Momentum dan tekanan dari segi hegemoni rakyat Iraq supaya AS berundur dari negara itu mendapat restu di Parlimen yang bersidang. Inilah akibat kekuatan dan perancangan Soleimani dari segi mobilisasi dan pembendungan, serta strategi peperangan yang ternyata berjaya.
Oleh kerana itu, setiap konflik, kekerasan dan kejahatan tidak dapat dipisahkan daripada hegemoni. Tidak dinafikan hegemoni melekat dalam setiap konflik yang hakikatnya muncul daripada hubungan manusia.
Cara kita memahami, memaknai, membingkai, memberi nama, membuat simbol dan menyelesaikan konflik sangat dipengaruhi hegemoni. Ia tidak sekadar pendekatan dalam penyebaran pengaruh dan idea dalam konflik yang berlaku, sebaliknya dianggap integral kepada semua tindakan, fikiran, interaksi, emosi, motivasi, karakter dan keyakinan.
Kekerasan misalnya serangan roket ke atas Soleimani adalah bentuk hubungan budaya antara manusia yang memberi maklumat mengenai bagaimana isu kejahatan dipandang, diberi nilai, dimaknai serta bagaimana AS dan Presiden Donald Trump dipandang dunia Islam secara amnya.
Dalam konteks kejahatan dilakukan Trump, apakah ‘kekuasaan’ itu dimiliki seorang psikopat, penjahat, presiden atau pemimpin, aparat negara, malah rejim penguasa untuk melakukan kejahatan dengan membunuh tubuh yang bernyawa?
Tindakan Presiden AS dilihat suatu kegagalan dari segi perang hegemoni dengan Iran, berlandaskan satu hakikat - gerak gempur Soleimani bagi membendung hegemoni AS adalah suatu penghinaan bagi negara Uncle Sam itu dan Trump.
Dengan membunuh Soleimani dan Abu Mahdi Al Muhandis, AS sudah membunuh dua tokoh yang menjadi penghalang kepada peluasan hegemoni AS dan projek besar strategik negara itu di Asia Barat.
Persoalan yang timbul, adakah dengan pembunuhan Soleimani bermakna hegemoni Arab Saudi dan UAE serta imej Sunni yang dibawa mereka tidak lagi terjejas di negara Islam di Asia Barat?
Pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran UNISEL.