Kita amat bersetuju dengan hasrat kerajaan mewujudkan Perbadanan Perumahan Negara (NHC) bagi menyelaras isu berkaitan rumah mampu milik. Ia membuktikan kerajaan tidak pernah memandang ringan isu berkenaan yang diketahui amat dekat di hati rakyat.
Jika dilihat ketika ini, banyak sekali agensi atau syarikat terbabit dalam pembangunan rumah mampu milik. Banyak rumah yang dibina setiap tahun, namun banyak juga tidak terjual. Puncanya pelbagai, antaranya lokasi yang tidak sesuai, ketiadaan akses pengangkutan awam serta banyak yang tidak sesuai dengan kedudukan kewangan kelompok sasar.
Di sini peranan agensi seperti NHC diperlukan. Mungkin selepas ini perlu setiap projek berkaitan rumah mampu milik dirujuk terlebih dahulu kepada NHC. Tujuannya agar penilaian dapat dilakukan, sebelum projek diberikan kelulusan.
Namun, kewujudan NHC bukan bermaksud untuk mengongkong pemaju, sebaliknya bagi memastikan
Loading...
pembinaan memenuhi keperluan kelompok sasar khususnya golongan B40. Paling penting, ia untuk mengelak ada pemaju yang hanya membina projek perumahan mampu milik secara sambil lewa, sekadar memenuhi syarat ditetapkan.
Pastikan keselamatan rakyat terjamin
Serangan roket balas dendam Iran terhadap markas tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq, mengheret Asia Barat lebih hampir ke kancah perang. Ia hanya menunggu masa untuk AS menyerang balas, sekali gus mungkin mencetuskan perang lebih besar di rantau itu.
Apa yang kita khuatir nasib rakyat Malaysia yang kini berada di negara seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Mesir dan Jordan. Penting untuk mereka meningkatkan kesiapsiagaan dan berhati-hati menghadapi sebarang kemungkinan. Bagi rakyat kita yang berhasrat berkunjung ke negara terbabit dalam tempoh terdekat, seeloknya tangguhkan seketika seperti nasihat perjalanan dikeluarkan Kementerian Luar.
Untuk yang ada ahli keluarga di Asia Barat ketika ini pula, usah cepat panik. Kita percaya Kerajaan Malaysia tidak akan membiarkan rakyat kita di sana bersendirian jika keadaan bertambah buruk. Kita sudah lihat bagaimana tindakan kerajaan ketika Perang Teluk, Perang Iraq dan Revolusi Arab sebelum ini.
Cuma satu harapan kita agar kerajaan tidak menunggu sehingga keadaan benar-benar kritikal dan terdesak untuk bertindak. Yang penting keselamatan rakyat kita di Asia Barat perlu dipastikan terjamin
HOT 1MDB ~ Lagi Pendedahan Rompakan..!
Dedah kasi pecah..!
Ini semua musuh negara yang sedang membarah..! menjarah hasil dan kekayaan anak bangsa tanpa maruah..! Leb…
HOT 1MDB ~ Lagi Pendedahan Rompakan..!
Dedah kasi pecah..!
Ini semua musuh negara yang sedang membarah..! menjarah hasil dan kekayaan anak bangsa tanpa maruah..! Leb…