Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Baik buruk Dr Mahathir pangku menteri pendidikan

Loading...
KUALA LUMPUR, 12 Jan — Keputusan Kabinet yang menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik memangku tugas menteri pendidikan mengundang cakap-cakap kurang enak di kalangan rakyat.

Pengumuman Dr Maszlee Malik untuk 'memulangkan jawatan itu' kepada Dr Mahathir meletakkan jawapan itu dalam konteks. Dalam senarai awal Kabinet, Dr Mahathir adalah perdana menteri dan menteri pendidikan.

Sedangkan manifesto Pakatan Harapan melarang perdana menteri memegang sebarang portfolio.
Beberapa pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) disebut-sebut menggantikan Maszlee.

Antaranya Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Marzuki Yahaya dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Namun tidak kelihatan bahawa mereka tetap akan dinamakan pada bila-bila masa.

Tidak pasti berapa lama Dr Mahathir akan memangku jawatan itu, setidak-tidaknya sebelum beliau mengumumkan pengganti untuk memimpin negara ini.

Namun apa yang pasti beberapa perkara atau senario yang mungkin bakal dipertimbangkan bagi perubahan polisi dalam pendidikan negara.

1) Yang baik: Mengemaskini pengajian Islam negara

Bukan lagi rahsia, Dr Mahathir mengkritik pengajian Islam yang menitikberat amalan ritual berbanding nilai, sejak 2013. Ia menyebabkan kemerosotan sikap rakyat.

Pada September 2018, beberapa bulan selepas Pakatan Harapan mentadbir Putrajaya, Dr Mahathir ada memaklumkan hasratnya agar pendidikan Islam di peringkat pra-sekolah dan sekolah dikemaskini.

Pada Disember 2018, beliau mahu mengurang fokus kepada agama yang didakwa menyebabkan pelajar tidak terlatih hingga gagal mendapat pekerjaan.

Selain itu, pertambahan golongan agamawan serta pengikutnya hingga berlaku pepecahan di kalangan umat Islam.

Justeru, beliau mungkin membawa perkara ini lebih ke hadapan dengan menyediakan kurikulum baru yang mengenepikan pengajaran dogmatik dengan mengambil kira perubahan politik.

2) Yang buruk: Sekolah sebagai kilang

Dr Mahathir dikritik susulan laporan bahawa beliau menuduh golongan miskin tidak produktif dan golongan kaya pula banyak menyumbang kepada pembangunan negara melalui membayar lebih cukai.
Ini menj
adikan sekolah sebagai kilang melahirkan tenaga kerja, dengan Dr Mahathir mungkin lebih memfokuskan kepada Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Berbanding sains sosial, seni dan kemanusiaan — lapangan yang dilihat oleh generasi lama sebagai merugikan masa dan sumber.

Subjek yang memberi impak perkembangan holistik dalam masyarakat besar kemungkinan akan diketepikan.

3) Yang hodoh: Kembalinya monopoli YTL?

Apakah akan kembalinya menopoli YTL terhadap penyediaan internet di sekolah? Ini kerana kontrak YTL Communications Sdn Bhd yang dianugerahkan oleh pentadbiran sebelum ini mengundang kerugian kepada kerajaan.

Khidmat 1BestariNet ditamatkan dan digantikan dengan penyedia internet oleh tiga syarikat bermula Jun tahun lalu. Hal demikian mengundang kemarahan YTL.

Khabar angin bertiup peletakan jawatan Maszlee juga ada kena mengena dengan pertikaian itu. Putrajaya tidak memberi maklum balas. Hanya masa yang akan memberi jawapan.
Loading...
Back To Top