RAKYAT Malaysia mengecapi lebih kebebasan sejak pilihan raya umum 9 Mei tahun lalu, walaupun kerajaan berdepan pelbagai cabaran membentang agenda pembaharuan, kata Peguam Negara Tommy Thomas.
“Seperti yang dikatakan oleh Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamad), sejak 16 bulan lalu individu dan pengkritik kerajaan diberi lebih banyak ruang.
“Tiada keraguan lagi bahawa Malaysia tidak pernah mengecapi demokrasi sebanyak ini sejak Merdeka. Media kini berkembang maju, seperti dilihat melalui semakin banyak serangan terhadap saya, tetapi tidak seorang pun yang didakwa.
“Ini bukti terbaik mengenai ruang kebebasan yang kita perolehi,” kata Thomas ketika menyampaikan

Loading...
ucapan penutup di Persidangan Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang LawAsia 2019 di Petaling Jaya, hari ini.
Thomas yang dilantik sebagai peguam negara pada 4 Jun tahun lalu berkata tiga cabang kerajaan mengambil langkah berbeza sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.
“Bagi badan perundangan, kami tidak mempunyai banyak rang undang-undang yang kami mahukan. Masih dalam proses, tetapi ia adalah penggal lima tahun, jadi saya menaruh harapan,” katanya.
Dalam sesi soal jawab, Thomas ditanya oleh Presiden LawAsia Christopher Leong mengenai perkembangan langkah untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948, seperti yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan sebelum pilihan raya umum lalu.
Thomas berkata Jabatan Peguam Negara sedang menunggu arahan dari Parlimen untuk mendraf rang undang-undang yang dicadangkan itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong bulan lalu berkata akta itu dijangka akan dimansuhkan tahun ini.
Menurutnya, mesyuarat Kabinet memutuskan akta tersebut akan dimansuhkan dan kerajaan sedang meneliti beberapa faktor sebelum melaksanakannya.
“Kita mahu pastikan bukan semua kenyataan tidak dikategorikan sebagai menghasut kerana kita juga mahu pastikan kebebasan, tetapi kita tidak boleh benarkan rakyat membuat kenyataan sewenang-wenangnya yang mencemar nama raja-raja dan pemimpin,” kata Liew