Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

'Kita bukan rasis, kita cuma nak kecam Melayu saja'

Dr Mahathir Mohamad hari ini menempelak sesetegah pihak yang kelihatan tidak senang dengan keputusannya menghadiri Kongres Maruah Melayu di Shah Alam.

Berucap ,menyampaikan amanatnya di depan kira-kira 5,000 orang yang memenuhi Stadium Malawati, perdana menteri berkata, kongres berkenaan diadakan bukanlah bersifat perkauman.
Malah katanya beliau hadir atas kapasiti
Loading...
sebagai orang Melayu yang mahu membincangkan agenda orang Melayu di negara ini.

Secara sinis Mahathir juga berkata, apabila beliau menghadiri program yang dianjurkan pihak lain tidak ada pula kumpulan terbabit menghalangnya.


"Saya sebagai orang Melayu ingin mengambil bahagian dalam perbincangan ini.
"Tak ada (berkaitan) politik, yang hadir semua pihak badan bukan kerajaan, universiti pun hadir. Mereka hadir sebagai orang Melayu," katanya.

Beliau juga berkata orang ramai yang datang pada hari ini bukan mahu memainkan semangat perkauman sebaliknya bertujuan mencari jalan memperbaiki kedudukan orang Melayu.

"Kita bukan rasis, kita tak kecam orang lain, kita nak kecam (nasihat) orang Melayu saja," katanya.
Turut hadir, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.
Loading...
Back To Top