Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Dr Mahathir tidak meremehkan manifesto PH - Anwar

PORT DICKSON: Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa kerajaan sukar menunaikan manifestonya bukan kerana beliau meremehkan janji Pakatan Harapan (PH).

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata sebaliknya kenyataan yang dibuat Perdana Menteri itu hanya untuk meluahkan secara ikhlas apa manifesto yang boleh dilaksanakan atau ditangguh pada masa ini.

“Saya tidak fikir Tun (Dr Mahathir) meremehkan soal manifesto, tapi maksud dia secara ikhlas menyatakan apa yang boleh dilaksanakan dan apa yang perlu ditangguh.

“Bagaimanapun, saya percaya perkara ini boleh dibangkitkan dan boleh dibincang bersama Dr Mahathir sama ada pada Pemukiman PH mulai esok atau pada Mesyuarat Majlis Presiden PH Isnin depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada
Loading...
pemberita selepas menghadiri sesi dialog Program Temu Anwar@Uniti di Kolej Uniti Port Dickson, di sini, malam ini.

Dr Mahathir petang tadi mengakui kerajaan sukar menunaikan manifestonya, termasuk janji untuk memansuhkan beberapa undang-undang yang drakonian atau keterlaluan.

Katanya, perkara itu tidak mudah dilaksana, apatah lagi dengan kedudukan kerajaan yang tidak mempunyai mandat dua pertiga di Dewan Rakyat, selain menyifatkan kerajaan diterajuinya kini menjadi mangsa kepada manifesto Pakatan Harapan (PH).

Sementara itu, ketika ditanya sama ada manifesto PH mustahil untuk ditunaikan, Anwar berkata, perkara itu perlu dirujuk kepada Dr Mahahtir terlebih dahulu untuk beliau jelaskannya sendiri.

Dalam perkembangan lain, Anwar yang juga ahli Parlimen Port Dickson meminta supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan lebih lanjut mengenai keputusan untuk tidak membenarkan pengundi berusia 18 tahun mengundi tetapi boleh bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

“Memang SPR sudah jawab bahawa perkara akan diwartakan Yang di-Pertuan Agong (bagi membenarkan pengundi berusia 18 tahun boleh mengundi). Tetapi ada soalan bagaimana (usia 18 tahun) boleh jadi calon.

“Justeru, saya ingat SPR perlu jelaskan sekali lagi, disebabkan ada proses-proses yang SPR sedang laksanakan, kerana ia membabitkan jutaan orang. Sebaiknya kedua-duanya (benarkan usia 18 tahun bertanding dan mengundi) ” katanya.
Loading...
Back To Top