Loading...
Oleh
UMNO PAS tidak akan menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) jika meneruskan kerjasama yang hanya mengangkat penyatuan Ummah tanpa memberi tumpuan kepada kaum lain, kata bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo.
Menurutnya, mentaliti yang hanya mahu meraih sokongan kaum Melayu tetapi mengenepikan kaum lain antara punca kekalahan Barisan Nasional (BN) di Selangor selama tiga kali berturut- turut dalam PRU.
“Kita bukan nak tolak penyatuan Ummah tapi yang kita nak ialah penyatuan rakyat sebab penyatuan Ummah ini hanya untuk orang Melayu Islam.
“Tapi kita bukan nak menang hanya di Kedah, Kelantan Terengganu, kalau parlimen bubar memang Umno PAS boleh menang tiga negeri.
“Kita nak menang jadi kerajaan untuk satu Malaysia maknanya orang Cina, India kita kena gerakkan penyatuan bersama mereka juga,” katanya dalam ucapan perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja, Shah Alam.
Beliau juga mengakui pernah meluahkan pendapatnya itu kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Mohamad Hasan.
“Saya ada cakap dengan Zahid, Mat Hasan Saya cakap kita kena penyatuan rakyat bukan Ummah sebab kita nak semua rakyat Malaysia dan ada permuafakatan di situ,” katanya.
Pada masa sama beliau turut membidas fahaman yang ditanam dalam Umno bahawa parti itu boleh menang tanpa ada sokongan kaum lain.
“Ada yang kata kita boleh menang tanpa ada bangsa, saya cakap tidak. Kalau kita boleh menang kenapa tiga PRU Umno kalah Selangor.
“Dulu saya pernah banyak kali tegaskan jangan ketepikan kaum lain tapi tidak ada siapa dengar saya, akhirnya Selangor kalah dan Umno kalah dalam PRU,” katanya.
Khir Toyo menjadi menteri besar Selangor sebelum parti itu kalah kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2008.
Selepas BN kalah dalam PRU14 Umno dan PAS menggerakkan penyatuan ummah dan membentuk blok pembangkang bagi menghadapi PRU15.
Jun lalu, PAS secara rasmi meluluskan mandat meneruskan langkah taawun dan tahaluf siyasi dengan Umno dalam persidangan Muktamarnya