MALAYSIA ELECTRONIC CORPORATION BHD. (MEC)
Ramai anak-muda muda jarang dengar cerita ni. Tak banyak info mengenai MEC ni di internet.
Posting mengenai cerita ni sebenarnya aku dah buat 2 tahun sudah di personal FB Tun Carlos. Lepas tu banyak la bloggers ambil article ini tanpa letak credit pun kat aku. 😅
Sekarang aku post semula di Page ni agar lebih ramai lagi tahu.
Pada tahun 90an dulu Tun Mahathir pernah merancang secara besar-besaran untuk mengadakan MEC City di kawasan seluas 3000 ekar di Gambang, Pahang. Berjuta-juta duit rakyat telah dihabiskan utk projek Bandar MEC ni.
MEC dirasmikan Mahathir ada 17Mac 1997.
Asalnya idea Tun nak bina MEC ni adalah kerana masa tu banyak syarikat asing bina kilang elektronik dan pemasangan mereka di Malaysia. Panasonic, Toshiba, SOny, Aiwa dulu kebanyakkannya ada kilang di Malaysia.
Yelah masa tu kos buruh kita murah.
Bahasa mudahnya idea Mahathir ni sebenarnya nak "sailang" brand-brand luar ni di pasaran Malaysia. So keluarlah brand MEC di pasaran.
Masa tu mulalah dia gunakan marketing "sentimen" untuk rakyat beli produk dari MEC ni. Dia complain orang kita suka sangat beli brand luar sedangkan local brand pun sama bagus kerana brand2 luarpun dibuat di sini.
Tapi tak lama lepas tu MEC dah bungkus. Bankrupt. Fasiliti yg besar-besar dibina telah ditinggalkan. Jadi hutan simpan.
Akhirnya penagih-penagih dadah buat port.
Kenapa bungkus? Sebabnya orang tak suka dengan design produk elektrik MEC yang buruk. HARGA PULA lebih mahal dari Panasonic dan brand luar yg lain.
Simple saja, macam Proton la. Design simple tapi jual mahal. Tu semua idea Mahathir la.
Paling tak boleh hadam, boleh kata kebanyakkan part-part elektronik untuk semua produk brand MEC diimport dari luar negara. Maksudnya Kilang MEC hanya jadi "tukang pasang" saja di sini.
Konsep dia macam PROTON juga la. Proton Saga first model tu dulu ramai tak tahu ia adalah klon Mitsubishi Lancer 1985 (refer gambar ke 3). Duit habis kat RND beratus ratus juta. Padahal kerja kita tukar logo saja pun.
Yang untung anak saudara dia, jadi kaya dengan hanya supply anti-rust dekat Proton dari tahun 1985 hingga sekarang rasanya. Tu pun idea Mahathir juga.
Sebelum Geely bergabung, Proton kerugian. Kerajaan yang bailout.
Itulah, masa zaman 90an tu internet takde..
Cuba korang bayangkan masa tu Tok Nenek dan Mak Ayah kita dah guna FB n Google, aku rasa tak sampai 22 tahun Tun M boleh kekal jadi PM.
FASILITI MEC DISELAMATKAN.
Akhirnya setelah sekian lama bandar MEC Gambang ni jadi hutan simpan, pada tahun 2003, KUKTEM (Universiti Teknikal Awam) telah buat kampus mereka di situ. Penubuhan KUKTEM ini adalah hasil dari cetusan idea Menteri Pendidikan di masa itu.
Setelah lima tahun beroperasi, pihak Kerajaan Malaysia telah mengumumkan pertukaran nama KUKTEM kepada Universiti Malaysia Pahang pada 2007.
Dengan pertukaran ini, nama KUKTEM kini dikenali sebagai UMP. Sekarang ramai anak2 bumiputera dari UMP yg berjaya dah bekerja di syarikat2 gergasi seperti Volvo, BMW, IBM, Technip, Petronas dan sebagainya. Nak tahu siapa Menteri Pendidikan yg cetuskan idea untuk wujudkan UMP dan selamatkan fasiliti MEC dari terus terbengkalai ni?
Beliau adalah Najib Razak.
-Tun Carlos
#MECGambang
MR : PH buat tak dengar aje cerita ini...
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila
sila
Loading...
subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :- ❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :- ❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ Anda Peminat Kopi? Dapatkan Kopi Ginseng Tongkat Ali Disini >>KLIK SINI<< Sedap Pekat Melekat KAW KAW. PENGHANTARAN PERCUMA.
❐ Sakit BerTAHUN-TAHUN, Akhirnya SEMBUH apabila dia terjumpa SESUATU yang ...... >>KLIK SINI<< untuk info lanjut.
❐ Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>

MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...