Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Akta 355: PH jangan buat ‘U-turn’ pula


KUANTAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diharap tidak membuat ‘U-Turn’ di atas kesediaan seorang timbalan menteri meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang Andansura Rabu berkata, PAS Pahang menyokong kenyataan Timbalan Menteri Fuziah Salleh berkaitan isu tersebut.

Katanya hanya melalui pindaan tersebut membolehkan institusi Mahkamah Syariah di negara ini dapat diperkasakan.

"Jadi kita berharap kerajaan PH tidak membuat U-turn di atas kenyataan timbalan menteri terbabit,” katanya di sini.

Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini memberitahu kerajaan PH berhasrat meminda Akta 355 sebagai langkah memperkasakan Mahkamah Syariah secara komprehensif.

Pada 6 April 2017 anggota Parlimen Marang, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentang Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (RUU 355) dengan pindaan di Dewan Rakyat.

Rang undang-undang persendirian itu dibawa kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.

Bagaimanapun sehingga sekarang RUU tersebut tidak dibahas ahli dewan untuk mendapat kelulusan. - HARAKAHDAILY 2/5/2019
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
 Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDA
 Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik. Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
 
Loading...
red;">Anda Menghadapi Kolesterol TINGGI!!?? Dapatkan PENCAIR KOLESTEROL DISINI>>>>KLIK SINI<<<<
 Kelas Kek, Roti, Bun, Puff, Danish Dgn Video Chef. Belajar dari rumah. Klik Sini >>>






............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

Loading...
Back To Top