Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

1/5/19 BOLEHKAH EKONOMI MALAYSIA CEPAT PULIH.... apakah kita harus kecut dengan keberhutangan tinggi? (DRAFT)

Bila Kerajaan Baru terbentuk pada 10 Mei., 2019, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa hutang Negara menjangkau jauh lebih besar dari jumlah yang dinyatakan oleh Kerajaan terdahulu. Semasa Najib, hutang Negara dinyatakan sekitar RM700 billion (2018). Bila Kerajaan baru terbentuk, nilai yang disebut di Parlimen adalah sekitar RM1.2 trillion iaitu peningkatan sebanyak RM500 billion, bertambah sekitar 70 peratus. Biar asas accounting bagi kedua-dua data ini adalah tidak sama, namun hakikatnya, bebanan kepada kewangan Negara adalah lebih penting. Dalam prihal hutang bernilai RM1.2 trillion, segala pinjaman dan jaminan hutang (dalam semua bentuk) yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia (GOM) dan dijangka tidak boleh dibayar telah dikelompokkan sebagai hutang Negara. Dari segi perakaunan piawai, ini memang tidak tepat, namun jika dilihat dari sudut bebanan hutang Negara, ianya harus diambil perkiraan. Contoh, bila Felda menghadapi masalah kecairan berjumlah RM16.8 billion, maka GOM perlu menyuntik sejumlah wang tersebut ke dalam Felda. Jika itu tidak dibuat, Felda akan mengalami masalah besar dan pastinya ekonomi Negara juga akan terjejas teruk. Maka mahu tidak mahu, suntikan wang berjumlah RM16.8 billion kepada Felda telah dianggap sebagai hutang GOM. Benar ada pihak menganggap itu sebagai pelaburan namun harus diingat, suntikan RM16.8 billion tersebut bukanlah satu bentuk pelaburan dalam erti kata yang sebenar tetapi ianya adalah untuk menampung kehilangan wang dalam Felda.  Masalah ini tidak terhenti di Felda sahaja. Tabung Haji, Felcra malah di pihak Kustom dan LHDN juga menghadapi masalah yang serupa. Saya yakin banyak lagi akan timbul kemudian.

(2) Pokok persoalan dari semua prihal ini bukanlah persoalan accounting tetapi hakikinya sebahagian besar dari Belanjawan Negara perlu dialih keluar bagi menampung untuk menyelamatkan para GLC yang bermasalah besar ini. Jika semasa harga minyak tinggi, Petronas boleh dijadikan White Knight namun kini dalam keadaan harga minyak rendah serta ekonomi dunia tidak menentu akibat perang dagang Amerika-China, maka pengalihan, siphoning Belanjawan Negara dari tujuan asalnya boleh menyebabkan ekonomi kita terjejas teruk. 

(3) Saya tidak mahu berpolimik dalam prihal angka-angka sebenar hutang ini. Yang pasti, Negara sedang menghadapi masalah kewangan bagi memajukan Negara. Kita sedang mengalami kekuncupan dana. Peruntukan Belanjawan yang ada, sebahagiannnya perlu dialih dari tujuan asal bagi 'menanggung hutang' bagi menyelamatkan GLC-GLC penting. Akibatnya, Perbelanjaan Sebenar untuk Pembangunan Baharu dan Mengurus Kerajaan perlu dikurangkan. Jika dilihat dari sudut standard accounting hutang kita sepatutnya hanya sekitar RM700 billion, namun kini jika diambil perhitungan secara keseluruhan, nilai 'hutang' tersebut mencecah ke RM1.2 trillion. Dengan andaian, bahawa masalah ini telah berkembang dari 2009-2018, iaitu bagi tempoh 10 tahun, kebocoran RM500 billion telah berlaku, Maka kita boleh menjangkakan sekitar RM50 billion setahun kebocoran telah berlaku dalam tempoh tersebut. Jika dilihat dari segi Belanjawan Negara, nilai RM50 billion ini adalah menyamai 18-20 peratus dari Belanjawan Negara terbocor pada setiap tahun. Namun melihat kepada kes-kes mahkamah yang sedang berlaku kini, kadar itu saja jangkakan adalah antara 20-30 peratus. Bermaksud bagi setiap Ringgit dibelanja untuk membangun dan mengurus Negara, sekitar 20-30 sen telah mengalir keluar tanpa mendatangkan apa-apa faedah bagi rakyat dan Negara. 

Loading...
style="text-align: justify;">(4) Tujuan tulisan saya ini adalah untuk mencari apa-apa kemungkinan jalan bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi Negara dan akhirnya menjadikan hutang kita bernilai RM1.2 trillion sebagai bukan batu penghalang kepada pembinaan kemakmuran dan kesejahteraan Negara. Kini debat di mana-mana saya lihat, seolah-olah menjadikan hutang RM1.2 trillion sebagai hadangan besar kepada pembinaan kemakmuran dan kesejahteraan Negara. Apakah itu seharusnya sebegitu, atau itu harus hanya perlu dilihat sebagai cabaran

(5) Jika andaian perangkaan saya dalam para (3) adalah benar, biarpun kita menghadapi kebocoran sekitar RM50 billion setahun, yang sangat menarik adalah ekonomi Negara terus berkembang sekitar 4.5-5 peratus bagi tempoh 2009-2013. Sebegitu juga Najib yakin, kadar pertumbuhan ini akan berkisar sekitar 4-5 peratus setahun bagi tahun-tahun mendatang. Najinb menjangka perubahan ketara hanya berlaku pada pasca 2030. Saya menjangka unjuran Najib adalah berasaskan unjuran yang dibuat oleh IMF seperti tertera pada carta di sebelah. Saya lebih yakin dengan unjuran IMF lantaran asas-asas unjuran mereka saya kira agak lebih menyeluruh dengan mengambil segala faktor 'yang Najib boleh sembunyikan' khasnya dari segi rasuah dan ketidakcekapan perbelanjaan. Maka, dari sudut untuk ekonomi Malaysia terus berkembang, biar kita menghadapi kebocoran Belanjawan sekitar RM50 billion setahun, ianya tetap ada. Melainkan jika kebocoran Belanjawan Negara mencecah sehingga RM100 billion setahun, maka secara hipotisis, boleh saya katakan kita akan mengalami pertumbuhan sifar '0'. Di dalam dunia penuh kebobrokan soal-soal kesaksamaan tidak wujud. Keadilan adalah perkara paling tidak diutamakan. Akibatnya, dalam dunia kebobrokan yang kaya menjadi lebih kaya, dan yang miskin terus melarat. Keresahan sosial telah menjadikan rakyat kini banyak hilang pertimbangan. Inilah kesan kebobrokan sistem yang telah era Najib wujudkan sehingga ianya memuncak pada 2018 dan kini. Alhamdullillah dan In Shaa Allah selagi kita berpunya ramai yang berIman dan berTaqwa, Allah tidak akan membenarkan itu untuk terus berlaku dan memporak perandakan kita. Mei, 9 2019 mengerakkan hati umat Melayu di Negara ini untuk tampil menyelamatkan keadaan dengan mahu menukarkan Kerajaan yang ada.

(6) Tempoh 2019-2020 adalah tempoh bagi Malaysia untuk memulihkan segala kebobrokan sistem yang telah era Najib cipta dan tinggalkan. Bermula dari Jun 2018 sehingga Disembar 2020, iaitu sekitar 30 bulan, jika kita renung secara alami, itulah adalah tempoh biasa bagi sesuatu kontrak dapat disiapkan dengan baik. Kebanyakan kontrak Kerajaan contohnya untuk membina Sekolah, Hosiptal bah Jambatan dsb, selalunya tempoh kontrak adalah sekitar 30 bulan. Maka Kerajaan kini saya perkira memelukan tempoh selama sekuarag-kurang 30 bulan untuk memperbaiki banyak perkara. Maka Malaysia In Shaa Allah akan berjaya melangkah bergaya ke berwajah baru pada 2021.

(7) Secara ringkas dan umum, saya berani mengatakan bahawa Malaysia mempunyai asas yang kukuh untuk kembali pulih. Ketangkasan pemulihan ekonomi Malaysia khasnya dari segi agihan saksama kekayaan Negara, just wealth distribution tergantung kepada ketangkasan GOM dalam memusatkan dayausaha mereka kepada empat perkara pokok iaitu (1) menyusun semula Pentadbiran Negara kepada Good Governance - Sifar Rasuah dan Pembaziran dan Pemudahcara; (2) Rule of Laws - Salah Tetap Salah; (3)  Agihan Saksama dan (4) Rural-GLC Synergy .... bersambung In Shaa Allah


Loading...
Back To Top