Dari sudut politik, adakah pengunduran Osman itu suatu kerelaan atau terpaksa? Mungkin juga dalam keadaan dipaksa rela berbuat demikian. Pada pandangan penulis, keadaan ini memberi gambaran bahawa politik negeri mahu pun nasional di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih tidak stabil walaupun sudah hampir setahun mengambil alih kuasa daripada Barisan Nasional (BN). Justeru, ketidakstabilan itu boleh menimbulkan pelbagai kesan termasuklah ada desakan kepada mana-mana Menteri Besar untuk meletakkan jawatan. Jika sebelum ini pernah timbul isu penggantian Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak. Kebetulan pula kedua-duanya daripada Bersatu.
Sebenarnya kedudukan Bersatu itu sendiri tidak kukuh dalam kerajaan PH. Di DUN Johor, daripada 56 kerusi, PH memiliki 36 kerusi, PAS (1) dan BN (19). Dalam PH itu sendiri, pecahan kerusi DUN, DAP (13), Amanah (9), Bersatu (8) dan PKR (5). Jumlah kerusi yang dimiliki oleh Bersatu yang wakil rakyatnya dilantik sebagai Menteri Besar lebih kecil berbanding DAP dan Amanah. Justeru, hal ini bukan jaminan untuk Menteri Besar itu kekal berkuasa hingga tamat penggal DUN Johor itu sendiri.

Dalam isu peletakan jawatan berkenaan, ada pihak yang menyeru agar pemimpin lebih senior dan berpengalaman menerajui kerajaan Johor. Bagi pemimpin UMNO, mereka menyarankan agar Tan Sri Muhyiddin Yassin kembali ke Johor. Namun, Muhyiddin memaklumkan beliau sudah terlalu tua untuk menerajui kerajaan Johor. Sebenarnya dalam kalangan pemimpin PH sendiri sama ada dari Bersatu atau mana-mana parti pun boleh dilantik sebagai Menteri Besar. Isu ini bukanlah terlalu rumit, cuma ada pihak yang cuba bermain sentimen dengan mengheret istana dalam kemelut ini.

Seterusnya tentang isu campur tangan istana. Sebelum peletakan jawatan itu berlaku, ada ura-ura yang mengatakan terdapat