Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ustaz Lariba sarankan kepada orang ramai yang telah membuka akaun Maybank MAE agar menutupnya dengan kadar segera kerana dikhuatiri tidak patuh syariah

Loading...


Artikel ini telah dipetik dari laman fanpage Ustaz Lariba, berikut adalah isi kandungan yang ditulis oleh beliau mengenai produk baru yang dilancarkan oleh Maybank.

MAYBANK MAE PRODUK PERBANKAN KONVENSIONAL

Maybank baru sahaja memperkenalkan MAE, dompet digital (eWallet) baharu yang menggunakan aplikasi Maybank2u yang sama. MAE yang bermaksud Maybank Anytime Everyone, terbuka kepada semua orang termasuk pelanggan bukan-Maybank.



Pada dasarnya, MAE adalah eWallet yang berdasarkan akaun bank maya. Apabila anda mendaftar, anda akan mendapat nombor akaun Maybank dan kad debit maya. Anda boleh menggunakan MAE untuk membayar lebih daripada 200,000 pedagang QRPay. Oleh kerana ia adalah akaun maya, anda boleh mempunyai baki berasingan daripada akaun simpanan atau semasa anda.

MASALAHNYA...

Apabila anda bersetuju untuk melanggan MAE, satu akaun MAE akan dibuka secara automatik dan anda boleh top up minima RM10 setiap kali.




Malangnya, akaun yang dibuka secara automatik ini adalah akaun KOVENSIONAL, maksudnya TIDAK PATUH SYARIAH.

Pada sesiapa yang telah buka akaun MAE, dinasihatkan seperti berikut:

1. Pergi ke cawangan Maybank berdekatan.
2. Tutup akaun MAE.
3. Lebihan dari pendapatan main game atau rujukan (invite code) didermakan kepada fakir miskin atau diberikan kepada Baitulmal.
4. Boleh ambil top up asal sahaja.




Jauhi terlibat dengan industri riba. Jauhi riba. Jauhi daripada berperang dengan Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah... 🙂

Nota Lariba: Nombor akaun konvensional mula dengan 11 atau 51. Nombor 1 angka kedua melambangkan akaun konvensional. 16 atau 56 adalah Islamik. Game dia not bad...
Loading...
Back To Top