Oleh Veena Rusli
Hari ini, mikrofon di Dewan Rakyat kembali dihidupkan dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Kedua Parlimen Ke-14.
Ada yang berubah tempat duduk susulan penghijrahan enam Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan ada juga muka baharu menjejak kaki selaku wakil rakyat selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands, Januari lalu.
Seperti lazimnya, rakyat mengharapkan perbincangan di Dewan Rakyat benar-benar memenuhi kepentingan mereka - daripada sebesar-besar isu merangkumi aspek ekonomi dan pembangunan negara hingga sekecil-kecil perkara seperti kemarau yang mengurangkan susu getah atau banjir kilat selepas hujan 15 minit.
Sepuluh bulan pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Ahli Parlimen seharusnya semakin mahir dengan selok-belok fungsi sebagai menteri, penyokong kerajaan, pembangkang dan ahli Bebas, sekali gus tidak lagi janggal membentangkan hujah seperti selayaknya.
Penjelasan tanpa emosi
Menteri perlu padu memberi penjelasan tanpa terbawa-bawa emosi seolah-olah masih terikat dengan karakter sebagai pembangkang suatu masa dahulu, manakala Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya sudah meninggalkan acuan lama untuk tampil lebih bijak selaku ejen semak dan imbang.
Dewan Rakyat perlu kekal menjadi simbol berhimpunnya golongan terpilih yang memperjuangkan nasib rakyat ketika mereka gigih membanting tulang menuai padi, melawan panas terik di ladang atau tekun di pejabat hingga larut malam demi kelangsungan hidup.
Atas nama kesejahteraan

Loading...
rakyat juga, sidang pembuka penggal ini bakal menyaksikan beberapa pindaan akta dan penggubalan rang undang-undang ke arah memantapkan pentadbiran yang diterajui Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Syor pemansuhan hukuman mati mandatori dijadual dibentang pada persidangan kali ini, namun kenyataan terbaru Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, membayangkan kemungkinan berbeza selepas menerima maklum balas pertubuhan bukan kerajaan (NGO), keluarga mangsa pelakuan jenayah dan pesalah yang menanti hukuman mati, selain dapatan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Difahamkan, kerajaan akan membentangkan sekurang-kurangnya lapan rang undang-undang, termasuk dua yang membabitkan Perlembagaan Persekutuan iaitu menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun dan mengembalikan autonomi Sabah serta Sarawak.
Tangani isu integriti
Turut dijadual dibentang ialah draf rang undang-undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), selaras Janji 20 digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) bagi menangani isu integriti serta menyiasat salah laku anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dewan sewajarnya tidak mempunyai masalah meluluskan penubuhan IPCMC bagi membolehkannya bertindak secara bebas dan berkesan serta mempunyai kuasa menangani masalah berkaitan secara menyeluruh berlandaskan peruntukan sedia ada.
Tempoh persidangan bermula esok hingga 11 April tidak wajar dipersia-siakan oleh barisan Yang Berhormat dengan drama meninggalkan Dewan secara beramai-ramai, saling bertukar perkataan kurang enak didengar termasuk kalangan pelajar di galeri awam atau celahan sinis penuh prasangka yang sekadar membazir masa.
Undi keramat yang meletakkan setiap Ahli Parlimen di kerusi empuk masing-masing datangnya daripada rakyat dan kepada mereka jugalah undi itu pulang bila tiba masanya. Jika setiap wakil rakyat mengingati janji berkempen dan melaksanakan amanah digalas dengan tulus, pasti Speaker tidak perlu lagi mengeluarkan arahan penggantungan kehadiran atau terlalu kerap menyelak helaian buku Peraturan Mesyuarat.
Amanat bakal disampaikan Yang di-Pertuan Agong hari ini, harus menjadi peringatan paling ampuh terhadap keberadaan Yang Berhormat di kerusi masing-masing sepanjang penggal. Semoga semua bersidang secara matang.