KUALA LUMPUR: Susulan penyingkiran 22 keluarga dari Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Pulau Pinang, penghuni PPR di sini mempersoalkan bagaimana mereka memperoleh unit terbabit pada awalnya.
Kata mereka, di Lembah Kelang pemohon perlu melalui proses saringan yang ketat sebelum dibenarkan menyewa unit PPR.
Penyewa di PPR Sri Melaka di Cheras, Shuriayana Shafie memohon unit di situ sebagai seorang ibu tunggal.
“Kebanyakan penyewa atau pemegang pajak terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah dan mereka yang meninggalkan petempatan asal berikutan projek pembangunan yang dijalankan.
“Orang lain, termasuklah orang kurang upaya atau mangsa tragedi seperti kebakaran atau banjir,” kata Shuriayana, yang telah tinggal di situ selama 20 tahun.
Beliau berkata, kerajaan perlu memeriksa kes “tulen” dalam kalangan 22 keluarga yang diusir dari PPR Taman Manggis.
“Ada warga emas. Bagaimana mereka mahu dapatkan tempat tinggal?”
Walaupun beliau bersimpati dengan keluarga terbabit, Shuriayana berkata, di PPR Sri Melaka, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hanya akan memotong bekalan utiliti sebagai amaran kepada penyewa yang mempunyai bayaran sewa tertunggak.
“Paling buruk bekalan air dipotong. Bila berlaku begitu, penyewa yang mempunyai bil tertunggak akan segera membayarnya.
“Saya tidak pernah berjumpa kes pengusiran seperti di Pulau Pinang itu,” katanya.
Menurut Shuriayana, pegawai DBKL mengadakan pemeriksaan mengejut bagi memastikan tidak adanya penyewa “haram”.
“Senarai menunggunya sangat panjang. Adanya yang merayu lebih 10 tahun.
“Ramai dalam senarai menunggu itu perlukan tempat tinggal. DBKL memastikan dokumen lengkap dikemukakan, jadi tidak timbul masalah bila tiba masa untuk menimbangkan semula permohonan mereka.
“Selain itu, jika DBKL dapati ada yang bukan ahli keluarga menghuni sesebuah unit, mereka akan keluarkan notis kepada penyewa supaya mengosongkan unit berkenaan. Biasanya penyewa begitu tidak tinggal lama di

Loading...
sini,” katanya.
Shuriayana berkata, pemindahan unit kepada keluarga terdekat hanya dibenarkan sekiranya mereka tidak mempunyai hartanah lain.
“Kalau pemegang pajak mempunyai 4 anak dan kesemua mereka mempunyai rumah sendiri, maka DBKL akan mengambil balik unit tersebut,” katanya.
Berhubung laporan bahawa ada dalam kalangan penghuni PPR Taman Manggis mampu membeli tiket penerbangan kelas perniagaan untuk keluar negara, Shuriayana berkata, kebanyakan penghuni PPR merupakan orang “biasa”.
“Masa kami mula duduk di PPR (Sri Melaka), kami bukan orang senang. Tetapi lama-kelamaan, hidup orang jadi bertambah baik.
“Ada yang disebabkan anak mereka mendapat pekerjaan yang bergaji tinggi.
“Saya fikir tidak salah sekiranya anak-anak mahu membelanja kami. Walaupun anak-anak mampu membayar kos perjalanan saya, tidak bermakna mereka mampu membelikan rumah untuk saya. Sebab itu saya masih tinggal di PPR,” katanya.
Penghuni PPR yang sama mendakwa tidak wujud satu sistem tetap bagaimana unit PPR diagihkan kepada pemohon.
Beliau, yang enggan dikenali berkata, sesetengah mereka mempunyai hubungan politik yang kuat.
“Unit rumah diberikan berdasarkan keperluan. Jika pemohon merupakan mangsa kebakaran atau banjir, jadi jelaslah dia perlukan tempat tinggal serta-merta.
“Waktu saya memohon dulu, senarai menunggu saya panjang. Orang yang saya kenal dalam kalangan politik membantu dengan membuat sokongan. Saya mendapat 1 unit dalam tempoh 1 bulan,” katanya.
Bagi Azlina Arbain yang tinggal di PPR Pudu Ulu, beliau juga mendesak kerajaan menyiasat bagaimana 22 penghuni PPR Taman Manggis diberikan rumah di situ.
Azlina yang merupakan ahli jawatankuasa Persatuan Komuniti Pudu Ulu berkata, hanya anggota keluarga yang berdaftar dengan DBKL dibenarkan tinggal di flat PPR.
“Peraturannya ketat. Pemilik kontrak pajakan perlu mendaftarkan ahli keluarga terdekat mereka dengan DBKL. Hanya mereka yang namanya tertulis di kad (kad hijau) dibenarkan tinggal di unit PPR.
“Ada kes pemilik pajakan menyewakan unit mereka kepada orang luar, tetapi biasanya laporan akan dibuat serta-merta kepada DBKL.
“Penyewa dan pemegang pajakan boleh diusir jika didapati melanggar kontrak pajakan,” katanya.
Azlina berpindah ke PPR Pudu Ulu lebih 20 tahun lepas berikutan eksesais penempatan semula setinggan. Sebagai sukarelawan dengan persatuan komuniti, beliau bekerja rapat dengan masyarakat untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan tempat tinggal yang mampu didiami.
“Kami akan merujukkan mereka yang benar-benar memerlukan rumah PPR kepada DBKL dan kami juga akan melaporkan sekiranya didapati penghuni mendapat sewaan tanpa mengikut prosedur,” kata beliau.
Beliau berkata, mereka yang memilih untuk membeli rumah PPR perlu mendaftarkan anggota keluarga terdekat masing-masing dengan DBKL.
“Ini membolehkan anggota keluarga mengambil alih pembayaran balik pinjaman yang tertunggak. Bagaimanapun ada juga kes mereka cuba menipu,” katanya.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, PPR Taman Manggis merupakan perumahan transit, bukannya petempatan kekal.
Beliau berkata, flat itu dikhaskan kepada mereka yang ditempatkan semula sementara menunggu rumah mereka siap.