Dengan menggunakan lima senapang semi-automatik, penyerang yang dikenali sebagai Brenton Tarrant, seorang warganegara Australia, telah membunuh 49 nyawa dan mencederakan berpuluh lagi. 
Tidak diketahui bilangan kanak-kanak yang turut terbunuh atau tercedera di dalam peristiwa tersebut. Apa yang lebih menyedihkan pembunuh telah menyiarkan secara langsung perbuatannya melalui media sosial. Peristiwa serangan di Chrishurch ini memberi pengajaran kepada semua pihak.

Pertama, serangan ini merupakan serangan, dalam istilah kajian terrorisme, lone-wolf (serangan keganasan perseorangan) yang tidak dikaitkan dengan mana-mana kumpulan pengganas.
Menurut laporan media, walau bagaimanapun, tindakan pelaku itu telah dicelarukan dengan ideologi yang dibawa oleh kumpulan-kumpulan white-supremacy (Ketuanan Orang Putih).

Di dalam 74-halaman manifesto yang juga disiarkan melalui akaun media sosial pembunuh tersebut, tindakan nya banyak dipengaruhi oleh kata-kata yang dikutip daripada para pemimpin gerakan sayap kanan seperti Felix Kjelberg, yang menggunakan Youtube sebagai alat menghina bangsa lain termasuk agama Islam; dan Justiar Brevik, warganegara Norway yang menyokong ideologi kumpulan ekstremis Kristian abad ke-12 yang menentang kekuasaan Empayar Ottoman.

Apa yang lebih menarik di dalam manifesto Brenton Tarrant adalah kepercayaannya bahawa Islam telah disamakan dengan fascime yag menyebabkan pertumpahan darah di seluruh dunia. Dia menyalahkan dasar imigrasi