REMBAU 3 Mac - Seramai 11 pengerusi dan setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau hari ini menolak Timbalan Ketua Cabang PKR Rembau, Dr S. Streram sebagai calon Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut.
Mereka mendakwa, PH akan kalah lebih awal jika kepimpinan gabungan itu masih bertegas untuk mencalonkan pakar bius itu.
Pengerusi MPKK Kuala Sawah, Abdul Ghani Md Yusop berkata, kepimpinan PH negeri perlu mengambil kira suara akar umbi dalam pertimbangan memilih calon yang tepat bertanding kerusi itu.
"Saya sendiri bertanya kepada penduduk di kawasan saya dan ramai yang tidak bersetuju jika Streram dipilih sebagai calon.
"Penolakan Streram sebagai calon bukan bermakna kami menentang kepimpinan tapi sebagai pemimpin MPKK, kami berhak bersuara dan memberi pandangan dalam usaha memenangi kerusi yang dimenangi bekas Menteri Besar selama tiga penggal," katanya dalam sidang akhbar di Rantau dekat sini hari ini.
Beliau mendakwa, Streram yang juga Penyelaras DUN berkenaan tidak pernah membantu MPKK atau turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
Setiausaha MPKK Sendayan, Osman Mohd Ramli berkata, beliau sendiri tidak akan mengundi PKR sekiranya Streram dipilih bertanding dalam PRK tersebut.
Menurutnya, ia isyarat jelas kepada kepimpinan PH bahawa mereka bukan sekadar bercakap kosong untuk menolak Streram.
"Kami juga tidak akan menggerakkan jentera bawah MPKK untuk membantu beliau.
"Rugi jika hendak boikot dengan tidak keluar mengundi. Lebih baik saya pilih Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan)," ujarnya. - UTUSAN ONLINE
MR : Ini tanda-tanda awal nak kalah teruk
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Anda Perut BUNCIT, Usus Kotor, Berat Badan Berlebihan? KLIK SINI UNTUK DETOKS TUBUH ANDAsila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
-: Iklan Teks (hanya RM20 sebulan) :-
❐ Dapatkan MADU LEBAH ASLI Disini...Makanan Sunnah Terbaik.
Loading...
Beli Madu Online >>>>KLIK SINI<<<< Penghantaran PERCUMA Ke Seluruh Negara!
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com




©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
❐ 🔥🔥💥Cara mudah buat bisnes tanpa promosi sakan pada pelanggan, tapi pelanggan sendiri yang cari kita. Buat online je..💥🔥🔥
❐ Dapatkan Vitamin C Harian Anda Disini >>>Klik Sini<<< Sebotol ada 100 tablet Harga RM60 sahaja.Penghantaran PERCUMA ke Seluruh Malaysia


MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com






©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...