Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ceupacs minta k'jaan tak kurangkan penjawat awam

Kongres Persatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) meminta kerajaan agar tidak mengecilkan saiz penjawat awam walau terbeban dengan pembayaran gaji mereka.

Pengerusinya Azih Muda berkata ia bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik dan penjawat awam tidak tertekan dengan beban tugas yang bertambah.

Katanya, ada perkhidmatan awam - terutama di agensi frontliner - tidak memiliki kakitangan yang mencukupi menyebabkan
Loading...
perkhidmatan yang disediakan lambat.

"Kita berharap supaya tidak ada pengecilan saiz perkhidmatan kerana yang sedia ada ini mencukupi walaupun kerajaan merasakan beban dari segi pembayaran gaji.

"Tapi kita perlu melihat juga kepada keperluan rakyat pada masa ini tentu sekali rakyat mahukan perkhidmatan yang lebih cekap," katanya seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekaligus mengurangkan peruntukan untuk perbelanjaan pembangunan.

Katanya, kerajaan berpendapat jumlah penjawat awam boleh dikurangkan tanpa menjejaskan prestasi penyampaian khidmat, punca pendapatan pegawai yang terlibat dan peluang pekerjaan.

Bagaimanapun beliau berkata kerajaan masih dalam peringkat penelitian berhubung pengurangan bilangan penjawat awam dan antara pilihan yang sedang ditimbangkan adalah membenarkan kakitangan berpindah ke sektor swasta, selaras dengan pengswastaan beberapa jabatan kerajaan.
Loading...
Back To Top