Oleh Mohd Fakhrulrazi Mokhtar
1. Isu penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang buat oleh individu bernama Foo Sing Wei benar-benar melukakan hati umat Islam. Ketika ini, umat Islam wajib merasa marah dengan tindakan individu ini dan mengharapkan beliau dihukum dengan hukuman yang keras tanpa belas kasihan. Ia sebagai pengajaran agar kejadian ini tidak lagi berlaku di masa akan datang.
2. Ketika Pakatan Harapan memerintah kerajaan sekarang, kita diuji dengan kemunculan golongan-golongan ini. Walaupun sebenarnya isu penghinaan agama juga telah berlaku di era pemerintahan kerajaan BN terdahulu. Ironinya, masyarakat serta pembangkang dengan mudah menuding jari menuduh kerajaan HARAPAN membiarkan para penghina agama, tidak tegas, dasar kerajaan HARAPAN menjadikan para penghina agama semakin berleluasa. Tidak kurang yang mengaitkan kemunculan ramainya Salman Rushdie sekarang. Ramai turut mendesak Peguam Negara mengambil tindakan tegas termasuk tidak membebaskan Foo Sing Wei yang menghina Islam daripada tahanan polis.
3. Semua kita bersetuju bahawa tindakan tegas dan keras perlu diambil terhadap penghina agama. Ia bukan isu politik yang boleh digunakan oleh parti politik untuk menjulang parti mereka. Sebaliknya ia adalah isu agama dan isu masyarakat yang mesti ditanggapi bersama. Tidak timbul ia muncul di zaman pemerintahan kerajaan HARAPAN, maka kerajaan ini dianggap mesra golongan penghina agama atau sengaja melahirkan golongan ini seperti tanggapan pihak
Loading...
tertentu. Sama ada ia dilakukan di bawah kerajaan Pakatan Harapan mahupun pembangkang, golongan penghina agama sama sekali tidak layak untuk berada di bumi Malaysia ini.
4. Seharusnya kita sedar golongan ini adalah pencetus kekacauan, mahu mewujudkan suasana tegang, menaikkan kemarahan dan kebencian agama, serta mengharapkan agar berlaku suasana tidak stabil dan permusuhan dalam masyarakat. Para pemimpin kerajaan sekarang juga sedar perkara ini dan lantang mengutuk tindakan para penghina agama. Siapa pun mereka, tidak kira latar belakang mereka, pelaku kesalahan apatah lagi yang menghina Rasulullah SAW dan agama Islam sukar dimaafkan dan perlu dihukum dengan hukuman keras.
5. Parti AMANAH Negara sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bahawa Parti AMANAH Negara dan kerajaan Pakatan Harapan tidak boleh menerima penghina Nabi Muhammad dan agama Islam dan akan pertahankan junjungan besar itu. Datuk Seri Dr Mujahid mencadangkan pindaan pada akta Kanun Keseksaan bagi memastikan hukuman setimpal dikenakan ke atas penghina agama. Tujuannya adalah bagi memastikan penghina agama ini mendapat hukuman yang sama berat dengan kes jenayah.
Beliau sendiri akan mencadangkan perkara itu pada sesi persidangan Parlimen Mac ini untuk mendapatkan kelulusan daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat (Speaker) untuk dimasukkan dalam kertas cadangan. Ini bererti, pemimpin kerajaan tidak berdiam diri dengan gejala ini dan kegiatan mereka perlu dibanteras hingga ke akar umbi. Melalui hukuman keras, para penghina agama akan tahu menilai kata-kata dan tulisan mereka agar menghormati agama Islam di negara ini.
6. Di peringkat negeri Selangor, bagi menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan, saya menggesa Dewan Undangan Negeri (DUN Selangor) mengenakan hukuman berat ke atas penghina Rasulullah SAW dan penghina agama. Kerajaan negeri perlu merangka undang-undang bagi memelihara kemuliaan agama Islam di negeri ini dan memastikan pelaku jenayah penghina agama tidak mudah terlepas dengan hukuman ringan sahaja. Ia juga sebagai satu mesej bahawa negeri Selangor adalah bumi untuk golongan yang mahu menjaga sensitiviti kaum dan agama dan Selangor tidak akan menerima sama sekali golongan pembenci dan penghina agama.
YB MOHD FAKHRULRAZI BIN MOHD MOKHTAR
Ahli Dewan Negeri Meru
Selangor Darul Ehsan