Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Setia kepada negara, lupakan parti lama, pinta PM kepada pejawat awam

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pejawat awam agar memberikan kesetiaan mereka kepada negara bukan kepada pemimpin atau parti politik tertentu.

Ketika memberikan ucapan di perhimpunan bulanan dengan kakitangan di Jabatan Perdana Menterin, Tun Mahathir berkata, pemimpin penting tetapi negara lebih utama.

“Jangan terlalu taksub kepada pemimpin
Loading...
atau parti hingga lupa kepada negara. Kita tidak perlu beri kesetiaan kepada orang-orang ini yang telah menghasilkan kerosakan kepada negara,” kata Tun Mahathir.

Beliau dipercayai menujukan sikap sesetengah pegawai kerajaan yang masih memberikan kesetiaan kepada parti lama iaitu BN yang telah memerintah negara ini selama 61 tahun sebelum ini.

“Perubahan ketara telah berlaku. Memang saya akui sejak merdeka kerajaan tidak pernah bertukar.

Parti itu telah perintah selama 61 tahun tetapi kali ini rakyat pilih untuk tukar kerajaan,” kata Mahathir yang pernah menjadi perdana menteri selama 21 tahun sebelum ini.

Beliau yakin tentu timbul tidak senang dan tidak tentu arah sebab sudah setia selama 61 tahun.
“Tetapi sekarang perlu beri kesetiaan kepada kerajaan yang dulunya musuh kepada kerajan dulu,” kata Mahathir.

Turut serta dalam perhimpunan yang disertai oleh semua pegawai kanan kerajaan persekutuan itu adalah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.





Loading...
Back To Top